Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka

Siapa yang tengok TV Al Hijrah mesti notice klip gambar masjid ni selalu disiarkan. Terletak di tepian laut Selat Melaka di Pulau Melaka, Bandar Melaka, maka nama masjid ni ialah Masjid Selat Melaka. Banyak nau “Melaka” nak sebut eh.

Banyak dah gambar masjid ni diambil dan sangat lawa-lawa belaka. Bagi landscape photographer yang penyabar, menunggu cuaca baik, air pasang, cukup awan semua. Qaeds singgah 30 minit saja. Yang Qaeds dapat rakam ialah ragam pelancong. Masa ni suhu yang semacam winter seluruh Malaysia, matahari pun cuti sepanjang hari di sebalik awan. Kalau sabar macam saudara Salehuddin Lokman ni, dapatlah ambil gambar yang sangat cantik macam ni.

Masjid Selat | Malacca
Salehuddin Lokman | Flickr

Antara masjid yang Qaeds pernah tengok banyak pelancong suka bergambar ialah Masjid Putra di Putrajaya, memang penuh orang melawat bila masa cuti umum. Tak kurang juga Masjid Selat Melaka ni, masa Qaeds sampai ada beberapa bas penuh pelancong dari Korea dan China. Pelancong tempatan macam Qaeds pun ada, yang baru sempat sampai melawat masjid unik ni.

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka

Ni first rasa masjid yang terapung atas air laut, Masjid Tengku Tengah Zaharah di Terengganu belum singgah lagi. Yang atas tasik di Puchong pun belum. Tapi masa sampai, air surut jadi tak nampak effect terapung nya. Kata orang kalau air pasang memang lagi cantik nampak betul-betul terapung dalam air.

Masjid Selat Melaka
Geng tak tutup aurat neh bergambar kat tepi air je

Bila masjid letak di tepi laut, sesuai lah jadi tempat termenung, tenang dihembus bayu laut. Dengan kesibukan pelancong bergambar, tetap ada ketenangan untuk semua. Tengok lah adik ni. 3 frames Qaeds dapat gambar dia bersendiri.

BACA  Jom lawat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka
Lama dan jauh termenungnya

Melihatkan gelagat pelancong yang asyik bergambar, buat Qaeds terpikir, yang dia orang ni terbuka juga hati nak melawat masjid baik yang tua atau pun muda, semua nya enjoy dengan senibina bangunan cantik, bergambar sentiasa.

Masjid Selat Melaka
Nampak elok rupa sebelum masuk masjid

Umumnya untuk pengunjung berpakaian terdedah sana sini, Masjid Selat Melaka ada sediakan jubah untuk menutup aurat sebelum masuk. Tapi di sini jubah diberi agak special, dengan corak batik warna-warni. Untuk wanita, siap dengan tudung. Sesekali confuse juga tengok, ingat kan orang tempatan, bila dah pakai jubah dan tudung. Kalau masjid lain biasanya satu warna saja jubahnya, nampak sterile. Bijak sungguh pengurusan masjid beri pilihan, Qaeds tengok pengunjung macam seronok pilih warna jubah yang berkenan di hati.

Sebelum balik, ada sekumpulan pelancong dari Korea terdiri dari beberapa keluarga, mak ayah dan anak-anak kecil baru sampai. Qaeds kagum tengok kesediaan parents Korea ni bawa anak-anak melawat masjid. Dengan sikap keterbukaan ni harapnya mereka akan dapat hidayah Insya-Allah.

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka
Taiko pun ada walaupun duduk luar je

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka

Masjid Selat Melaka
Tempat duck boat launch masuk Selat Melaka. Siapa yang naik ni boleh ambil gambar masjid cantik dari air


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *