
Baru-baru ni Mak Kiah ajak Qaeds hadir ke majlis khatam Al-Quran anak-anak kejiranan yang diajar mengaji. Ada 3 orang putera puteri yang tamat mengaji kali ni. Dah lama tak tengok majlis khatam, Mak Kiah pun jemput datang suruh bawa kamera sekali.
Majlis dibuat sederhana, geng-geng jiran rumah Mak Kiah sebahagian AJK majlis bantu siapkan tempat mengaji.
Port kawasan kejiranan ni simple saja, guna kabin kontena, cukup untuk buat aktiviti. Mak Kiah dan team ajk hias secukup lengkap bunga hiasan dan bunga telur, meraikan anak-anak yang khatam Al-Quran. Tengok muka nervous je tiga adik-adik ni.
Majlis diketuai imam surau kariah, merasmikan tamatnya mengaji. Muka lega semua lepas dah selesai doa. Baru la nak senyum masing-masing time potong pulut kuning.
Lepas tamat majlis sebelum bersurai, adik-adik baru khatam pun beri buah tangan pada yang datang hadir. Abang kemeramen dapat bakul plastik dengan buah-buahan tiga biji. Terima kasih dik.
Qaeds dapat perhatikan yang pengalaman khatam macam ni memang buat adik-adik ni nervous sangat. Dari mula sampai bersiap, memang kelat je muka masing-masing. Tapi bila dah selesai, senyum lebar masing-masing. It’s really special witnessing rite of passage macam ni, bagi Qaeds penting untuk merasa pengalaman beralih ke alam umur dewasa. A good way of building character.