Istana Bandar Temasha Jugra

Istana Bandar

Jejak kaki ke istana yang real untuk pertama kali, yang dahulunya tempat bersemayam seorang sultan negeri Melayu, Qaeds jadikan aktiviti terakhir menutup tirai 2017. Lepas ke Morib, Qaeds bawa mak-mak ke Istana Bandar Temasha di Jugra.

Istana Bandar

Dulu pernah la masuk Istana Melaka yang jadi muzium, tapi tu tak kira la kan sebab replika saja. Dan tapak sebenar istana pun tak pasti, ada yang kata di tapak berdirinya bangunan merah Stadhuys. Yang pasti, kita tak kan tau pun apa rupa nya istana yang memulakan institusi sultan di Semenanjung Tanah Melayu.

Istana Negara lama di Jalan Istana, pun pernah Qaeds pernah lawat sekali, sejak ditukar jadi muzium. Tapi bagi Qaeds macam kurang feel sikit. Walaupun dibina pada tahun 1928, tapi tujuan asal nya jadi banglo, bukan untuk istana sultan. Qaeds nak rasa yang istana real punya.

Kenapa penting bagi Qaeds, sebab rumah kampung Qaeds dua-dua pun dah tiada. Rumah Tok Wan Chik yang dia bina sendiri di Kg. Tanjung Adang dah di ambil tapaknya jadi Pelabuhan Tanjung Pelepas. Termasuklah rumah datuk saudara (abang mak tok) yang grand besar ala Baitul Anor di Kuala Kangsar. Rumah moyang Qaeds pula terbakar habis. Rumah Tok Majid di Kuala Telang walaupun masih tegak berdiri tapi tinggal kenangan saja dan mungkin tak dapat tengok lagi sebab dah tenggelam dalam semak samun.

Bagi Qaeds, rumah, istana biar pondok sekali pun, kepentingan nya ada, sama macam bangunan bersejarah lain Jadi, yang mana ada masih tegak berdiri, Qaeds nak cuba pergi selagi sempat. Paling tidak dapat ambil gambar untuk kenangan. Dan yang penting, untuk lalu berjalan di tapak yang sama seorang sultan pemerintah negeri pernah berdiri.

Bandar Termasa /Temasha

Dalam bab Silver Point, The Real Malay buku tulisan Frank Swettenham, ada disebutkan tempat dia tinggal di Langat masa mula dilantik sebagai residen Selangor antara 1882 hingga 1884. Nama tempat tu ialah Bandar Termasa. Pada masa Swettenham tulis buku ni pun, Bandar Termasa ni sudah tidak lagi wujud. Jadi apa yang ada disini masa dulu?

“…Though I have referred to the place before, it merits a rather more particular attention than I then gave it; for it has already ceased to exist, and there is no one but myself to recall its peculiarities.”
Frank Swettenham, m/s 63 The Real Malay

Kalau tekaan Qaeds betul, sultan yang disebut di permulaan bab Silver Point dalam The Real Malay itu ialah Sultan Sir Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4 dari 1857-1898). Sebabnya, masa ini juga nama Tengku Kudin dah Swettenham sebut sebagai Viceroy of The Sultan Selangor. Tengku Kudin ialah menantu Sultan Sir Abdul Samad dan dilantik jadi Timbalan Yamtuan dengan kuasa mentadbir pada 1868 dan 1871.

“…But, still continuing up the river, the tide would again be against you, and running with increased violence, in its hurry to get down the shorter channel. That shorter channel is called the Jugra River, and in the angle made by the meeting of the two streams stood “the City of Festivals.”
Frank Swettenham, m/s 65 The Real Malay

Jadi, Bandar Termasa ni terletak di pertemuan Sungai Langat dan Sungai Jugra. Adakah Bandar Termasa ni ialah Kampung Bandar sekarang, lokasi Istana Bandar?

BACA  #tb: KL-Sibu-Kuching-Miri-KL

Cuma sekarang, Qaeds tak pasti mana satu Sungai Jugra sebab tak ditandakan dalam Google Maps pun. Menurut maps terkini, cabang yang ada bertemu ialah Selat Melaka keliling Pulau Carey bertemu dengan Sungai Langat. Mungkin rupa bumi pun dah berubah sejak dulu.

By the way, buku The Real Malay ni Qaeds jumpa masa baca blog post The Libraries of Great Men: Theodore Roosevelt’s Reading List. Dalam balasan surat Theodore Roosevelt kepada kawannya, presiden USA ke-26 cadangkan lebih 100 tajuk buku untuk dibaca, dan surprise-surprise, The Real Malay termasuk dalam senarai. Tengok di akhir penghujung senarai.

Penting sangat ke buku ni sampai presiden USA pun suruh kawannya baca? Cuba lah baca, agak menarik perspektif seorang residen British pada masa tu bila menggambarkan suasana semenanjung Tanah Melayu. Sangat berwarna-warni.

Istana Jugra or Istana Bandar Temasha?

Istana Bandar

Kalau search di Google, guna istilah Istana Jugra akan display result Istana Bandar, Jugra. Qaeds belum dapat temukan rujukan yang lengkap, sebab tak dapat nak ke library. Ada beberapa hasil carian di Internet, mengatakan Istana Jugra letaknya betul-betul di kaki Bukit Jugra dan dah tinggal tapak bekas runtuhan saja. Jadi yang ini memang lah Istana Bandar @ Istana Bandar Termasha.

Istana Bandar

Kalau tengok tulisan Christopher Buyers di royalark.net, Almarhum Sultan Sir Abdul Samad kahwin kali ketiga pada tahun 1887 dan mangkat pada tahun 1898 di Istana Bandar Temasha ni. Untuk jadi tempat kahwin sultan dan tempat saat Almarhum menghembus kan nafas terakhir, bermakna Istana Bandar ni dah siap, sedia diduduki, lengkap dengan semua staff istana. Jadi nampak nya Istana Bandar ni dah wujud sebelum 1900-an la kan? This is the oldest palace structure I have set foot thus far! Woohoo!!!

BACA  Potret Sultan dan Pembesar

Rekaan Melayu, Mughal, Cina, Roman, Gothic

Istana Bandar

Istana Bandar
Sejujurnya, masa mula tengok sebahagian binaan Istana Bandar, agak terkejut juga, sebab sangat lain. Rasa kagum, ngeri, terkesima, semua ada. Terutamanya bahagian balkoni yang ada tiang-tiang bercacak. Rasa semacam je bila tengok lama-lama…

Mungkin pada masa istana dibina, pengaruh budaya dari luar memang sudah sedia ada. Sekitar masa 1890-an pun pelbagai kaum dari pelbagai negara dah ada di Tanah Melayu.

Istana Bandar

Istana Bandar

Kalau dilihat dari luar, sudah nampak moden binaan kompleks istana secara keseluruhannya. Tak macam gambaran istana melayu yang Qaeds tengok dalam buku teks Sejarah. Jadi mungkin ini antara faktor yang menjadikan begitu banyak elemen senibina dari pelbagai budaya dapat dilihat di seluruh Istana Bandar. Mungkin ada yang dari jurusan senibina boleh bantu Qaeds perjelaskan lagi?

Istana Bandar

Semasa tiba, Qaeds masuk dari pagar yang paling hampir dengan simpang Kampung Bandar dan dari situ terus ikut lorong di tepi kawasan dapur ni.

Istana Bandar

Disebabkan tiada petunjuk, Qaeds terus explore di ruangan belakang yang rupanya ruang istirehat dan kamar beradu (tingkat atas) dan pejabat di tingkat bawah. Dari ruang istirehat, pandangan terus ke depan nampak Masjid Alaeddin. Masjid ni pun sedang lalui proses pemuliharaan masa Qaeds lalu dan kerja-kerja nampak macam dah nak siap.

Istana Bandar

Hampir satu jam juga pusing-pusing di belah belakang istana dan duduk rehat di ruangan dapur, Qaeds skip bangunan bertingkat yang satu lagi, berhampiran dengan arah Qaeds masuk masa mula sampai. Rupanya, ini lah tempat letak Balai Rong Seri (tingkat atas) dan Balai Mengadap (tingkat bawah). Kena repeat lagi sekali datang untuk tengok banyak mana lagi seni ukiran yang masih terpelihara di ruangan ni.
Istana Bandar

Istana Bandar dalam proses pulihara

Pada masa post ni ditulis, Istana Bandar ni nampak sangat dalam state of disrepair. Dah ditinggal lama tak digunakan. Nampak cat dah terkopek-kopek dan lumut melata di dinding. Seolah-olah macam baru je terbiar.

Sedangkan dalam Google Images, banyak je gambar Istana ni semasa masih bercat cantik putih dan kuning, dengan lanskap menarik.

BACA  Slowing down in Jitra Kodiang

Kalau nak tengok keadaan Istana Bandar masa 1986, buka arkib digital perpustakaan Massachusetts Institute of Technology. Ada banyak gambar-gambar istana dari pelbagai sudut masa sebelum dibaiki. Qaeds belum dapat permission lagi dari MIT untuk guna gambar-gambar tu. Kalau dah dapat nanti Qaeds up kat sini sekali.

Tapi keseluruhannya, kawasan istana masih bersih terjaga rapi dan struktur bangunan masih kukuh, naik tangga pun okey je. Istana ni dibuka sampai jam 3 petang dan elok datang awal sementara cuaca cerah. Untuk masuk, hanya perlu tulis nama di buku pelawat di pondok keselamatan. Tiada tour guide, jadi explorelah puas-puas.

Istana Bandar

Mak Rokiah pesan kat kami supaya beri salam di setiap ruang yang nak dimasuki. Maklumlah, tempat dah tinggal lama, biar malaikat yang jawab salam katanya.

Qaeds harap yang usaha pemuliharaan terkini ni akan hidupkan sekali ruang Taman Larangan, supaya dipenuhkan dengan bunga-bunga yang pernah ditanam pada masa istana ni didiami dulu. Qaeds suka idea untuk dapat berjalan-jalan di taman yang dulu nya rakyat ramai tak boleh jejak, nak intai-intai puteri raja. Hehe.

Masa depan Istana Bandar

Sungguh sayang tengok bangunan yang cantik, yang pastinya gah pada masa kegemilangannya satu masa dulu yang tak jauh sangat pun dari masa sekarang ni, jatuh mereput begitu saja dan hilang dari pandangan generasi sekarang yang asyik pandang skrin smartphone saja.

Istana Bandar

Mungkin boleh dibuat semula sebagai pusat kraftangan atau pusat kesenian dan kebudayaan, yang boleh tarik pengunjung datang, generate publisiti dan create interest untuk private sector pun turut sama preserve bangunan ni. Apa pun nanti, Qaeds tak sabar nak tengok hasilnya dan oleh kerana banyak lagi boleh dibuat di Banting ni, Qaeds akan kerap singgah melawat Istana Bandar.

Lepas ni kena ke Muzium Sultan Alam Shah di Shah Alam dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz di Klang. Mungkin ada lagi info yang dapat beri gambaran jelas lagi tentang Istana Bandar Temasha dan kalau dapat, Qaeds akan update post ni. Kalau anda ada lagi maklumat dengan sumber yang lagi baik dari Qaeds yang setakat Google search ni, kongsikanlah di ruangan komen, boleh Qaeds kemaskini maklumat untuk manfaat Qaeds dan semua yang membaca.

Semua gambar-gambar ni kalau nak guna untuk assignment ke apa, boleh download full resolution di Flickr Qaeds. Qaeds minta kredit semula dan janganlah diubah/manipulate/photoshop gambar-gambar ni ye.