Pau Pak Ngah

Pau Pak Ngah

Pau. Sebut pau dan Qaeds terbayang dua benda. R&R Highway dan stesen keretapi. Pau ni makanan yang Qaeds tak cari kalau hari-hari normal yang senang boleh jumpa nasi. Sekarang pau senang dapat, mana-mana bila masa pun ada jual.

Dulu, pengalaman makan pau selalu saja bila berjalan jauh dengan arwah abah. Samada drive atau naik keretapi, memang time ni lah akan nak makan pau. Sebabnya? Pau makanan yang sangat traveler friendly. Senang dapat di R&R dan stesen keretapi. Kalau tunggu nasi goreng kang tertinggal tren pulak.

Pau Pak Ngah
Makanan versatile dan traveler friendly. Need I say more?

Bayangkan cuaca sejuk hujan, dua biji pau (dah tak kisah inti apa dah kalau hari hujan) dalam plastik dan duduk dalam keretapi antarabandar dalam perjalanan jauh. Perut lapar memang tahap gaban dah. Bagi Qaeds ni lah masa terbaik untuk menikmati pau. Koyak sikit pau, tengok inti berasap-asap pastu NGAP! Biar panas melecur mulut takpe janji puas.

Pau Pak Ngah
Warm pau feels like home…

Sekarang pau ada dijual dimana-mana saja dan sesuai dengan zaman berlalu, pau pun  dah evolve, bukan saja dengan inti klasik macam kaya, kelapa dan kacang merah, tapi dah ada bolognese dan carbonara juga.

…Wait, whutt? Biar betul pau bolognese dan carbonara?

 

via GIPHY

Pau Pak Ngah, Bukit Indah, Ampang

Lokasi Pau Pak Ngah ni lebih kurang 10 minit memandu dari stesen LRT Ampang. Masa pergi ni pun Qaeds naik LRT dan ambil teksi terus cakap nak ke Supermarket Bukit Indah, landmark paling senang atau pun Masjid Bukit Indah.

Pau Pak Ngah via Waze
Dalam Waze pun hado. Cari takkan tak jumpa jalan punya

Gerai Pau Pak Ngah letaknya sama sederet dengan beberapa gerai lain juga jual macam-macam makanan. Kalau nak lepak minum teh makan pau, kedai mamak pun ada.

BACA  Wedding Zila + Syidan
Pau Pak Ngah
Nak kena teka ke dak mana satu Pau Pak Ngah?

Kalau memandu, dicadangkan park dekat main road dan jalan ke gerai sebab waktu peak lepas gerai dibuka jam 2, memang penuh kereta berhenti. Kalau merempit, boleh terus drive thru depan gerai. Easy peasy.

Datang awal tak kempunan

Pau Pak Ngah
Yang datang dari jauh, boleh contact dulu untuk booking sebab flavor yang popular macam kacang merah dan carbonara boleh sold-out walaupun gerai buka dari jam 2 petang sampai 10 malam. Jam 2.30 petang pelanggan dah start datang dan sampai 4.30 petang memang sangat ramai. Flavor yang masih ada stok akan ditopup tapi yang limited tu habis memang habis teruslah.

Flavor unik sesuai dengan pau

Pau Pak Ngah

Menurut Afiq (anak Pak Ngah) yang sekarang menguruskan gerai, flavor baru ni dibuat bermula tahun ni dan memang dapat sambutan yang hot dari orang Bukit Indah dan sekitarnya. Bukan saja orang tempatan, expat dari Mexico, USA dan Korea pun suka sampai ada yang dah jadi regular.

Pau Pak Ngah
Regular customer or happy sempat beli pau dihajati?

Bolognese, Carbonara, Spicy Tuna Mayo, Coklat & Sambal Bilis

Pau Pak Ngah

Sebab Pau Pak Ngah ni ada banyak sangat flavor, kami decide untuk cuba 5 dulu. Qaeds tapau juga pau kelapa untuk mak rasa.

Qaeds paling gemar pau carbonara ayam dan cendawan. Atas pau ada tabur daun oregano, lagi meningkatkan rasa sos carbonara. Qaeds tapau ekstra, naik MRT bawa pergi makan di Bukit Bintang time hujan renyai.

So total kami beli 9 biji pau. Kalau boleh rasa nak beli banyak lagi sebab seronok tengok banyak pau fresh-fresh dari kilang dalam pengukus.

Pau Pak Ngah

Satu perkara yang Qaeds notice, Pau Pak Ngah ni warna kulit nya pudar, bukan putih melepak macam pau yang banyak dijual sekarang ni. Walaupun warna kulitnya macam tu, rasanya lembut dan sedap lemak-lemak. Mak cakap macam tu lah patutnya warna kulit pau, bukan yang putih melepak tu.

BACA  Nasi dalam buluh @ Nasi Bamboo Sg Klah

Pau Pak Ngah

Branding Pau Pak Ngah

Selain pau yang memang sedap, Qaeds tengok ada usaha yang dibuat untuk bagi menyerlah lagi Pau Pak Ngah ni. Pertama sekali, Pau Pak Ngah ada branding, siap logo yang kemas designnya dengan typography yang sesuai. Banyak perniagaan orang kita yang Qaeds tengok tak pay attention sangat bab ni, hanya harapkan word of mouth untuk orang sampikan. Qaeds rasa la, lagi senang nak buat orang ingat kalau ada nama dan brand yang elok sesuai dengan perniagaan. Tengok saja logo Coca-Cola yang tak berubah walau dah lebih 100 tahun. Nampak logo silhouette botol merah putih pun orang dah kenal .

Kedua, gerai Pau Pak Ngah ada bilboard besar atas khemah, memang nampak stand out dari gerai-gerai yang lain, jadi senang nak spot dari jauh. Kalau tengok gambar gerai street food di Jepun, rata-rata semua pakai banner besar warna-warni sesuai dengan makanan dijual. Kalau pasar malam kita, nak kena pergi intai panjang-panjang leher baru tahu apa yang dijual.

Osaka 大阪 Street Food
Gambar contoh gerai street food Jepun

Sucré sweety..Street food In Tokyo
Gambar aiskrim mesti la jual aiskrim. Warna-warni buat pelanggan curious nak membeli

Dan ketiga, cara gerai Pau Pak Ngah di set up. Kalau berjalan sampai ke depan gerai dah nampak logo bilboard besar, rapat lagi sampai meja, tengok belakang meja ada banner menu dan pandang bawah, lagi ada senarai menu siap dengan harga. Ada dua ordering line supaya dapat ambil order serentak, rasa macam masuk kedai fast food pula. Pada Qaeds memang rasa tertarik dah dengan tengok dua menara pengukus kayu yang berasap-asap. So macam complete experience juga beli membeli Pau Pak Ngah ni. Kudos!

Pau Pak Ngah

Pau Pak Ngah
Tiga sekawan sepakat memilih flavor. Proses pemilihan mengambil masa hampir 3 minit
Pau Pak Ngah
“Ayang mau pau ape…”


There is always room for improvement

Walaupun dah berniaga lama sejak tahun 1999, Pau Pak Ngah masih mencari jalan untuk bawa perubahan, menambah baik dan kekalkan keaslian pau dengan flavor yang asal. Pau Pak Ngah juga akan introduce flavor baru dari masa ke masa. Walaupun makan masa tak kurang sebulan untuk trial error flavor baru, tapi Pau Pak Ngah tetap komited untuk bawa sesuatu yang baru kepada pelanggan setia mereka.

BACA  Menapak KL Grand Outing FJM
Pau Pak Ngah
The man himself. Ulang alik tambah stok dan tengok-tengok Afiq jaga gerai.

Pau Pak Ngah
Sentiasa topup flavor. Tapi yang limited tetap limited. First come first serve

Untuk tahun 2018, Afiq ada hint yang Pau Pak Ngah akan dikembangkan lagi perniagaannya. Jadi lebih mudah untuk pelanggan yang selalu kempunan kalau terlewat sampai ke Bukit Indah untuk makan pau carbonara menjelang Januari nanti. Untuk details, tunggu Pau Pak Ngah umumkan nanti.

Pau Pak Ngah
Pau Pak Ngah pandu lalu. Kenderaan dua tayar sahaja dan di atas risiko sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *