Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Masjid Ubudiah, masjid ikonik ni dalam ingatan Qaeds dulu selalu dilihat sebagai penghias kalendar Hijrah. Dengan kubah utama kuning keemasan, dikelilingi empat menara dengan kubahnya sendiri jadi lambang kemegahan umat Islam dimana saja khususnya bagi penduduk Bandar Diraja Kuala Kangsar. Masjid yang kekal antara masjid tercantik di Malaysia ini tersergam indah di Bukit Chandan, yang juga tempat letaknya Istana Iskandariah, tempat bersemayam Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah (Sultan Perak ke-35).

Masjid Ubudiah
Sangat senang nak dapat angle foto dengan keluarga kerana saiz masjid yang compact, dapat masukkan seluruh kubah dalam frame. Tapi berebutlah tunggu turn sebab vantage point yang satu ni lah orang semua nak ambil gambar

Bagi orang Perak, khusus nya orang Kuala, memang sedia maklum di Bukit Chandan ini juga letaknya beberapa bangunan sejarah yang penting seperti Istana Kenangan dan Galeri Sultan Azlan Shah (Istana Hulu), yang dibina semasa pemerintahan Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I Ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar Teja (Sultan Idris I 1887-1916).

Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu'llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar
Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah ibni al-Marhum Raja Bendahara Alang Iskandar. Photo courtesy of © Victoria and Albert Museum, London

Masjid Ubudiah yang kini berstatus Masjid Diraja selepas Masjid Sultan ldris Shah II di Ipoh dijadikan sebagai masjid negeri pada 15 November 1968, merupakan ilham baginda Sultan Idris I, yang berniat membayar nazar selepas baginda pulih dari penyakit yang dialami. Baginda sempat meletakkan batu asas sebelum pembinaan bermula, tetapi tak sempat melihat masjid ni siap selepas mangkat pada 1916. Sultan Perak ke-29, Sultan Abdul Jalil Nasruddin Muhtaram Shah ibni al-Marhum Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah merasmikan masjid ini setelah siap pada tahun 1917.

Rekaan Saracenic A.B. Hubbeck

Masjid Ubudiah
Bila diperhatikan rekabentuk bangunan ni, mirip sungguh dengan beberapa landmark ikonik di Malaysia ni antaranya Masjid Jamek Sultan Abdul Samad dan Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur. Sebabnya arkitek yang diberi tanggungjawab membuat design bangunan ni ialah seorang warga British yang berkhidmat dengan kerajaan Persekutuan Negeri Melayu Bersekutu bernama Arthur Benison Hubback. Antara 1894 sehingga 1920, A.B. Hubback melakar banyak rekaan bangunan ikonik yang masih dapat dilihat sehingga ke hari ini termasuklah Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

BACA  KLPF 2016 - Ekspo fotografi terbesar Malaysia
Masjid Ubudiah
Onion dome of Indo-Saracenic architecture

Jaluran rekaan dikenali sebagai Indo-Saracenic ni banyak diambil dari satu lagi koloni British iaitu India. Rekaan India Muslim atau Moghul ni memang sesuatu yang baru untuk Semenanjung Tanah Melayu dan masa ni lah rekaan kubah berbentuk bawang diperkenalkan.

Masjid compact & cantik

Masjid Ubudiah
Selayaknya status masjid Diraja, bahagian solat utama dilengkapi karpet selesa dan penghawa dingin. Lampu chandelier kristal diletakkan direct dibawah kubah utama. Tak ambil gambar sebab lampu tak pasang dan lens tak cukup wide hehe


Kalau tengok dari luar memang nampak besar masjid ni. Dari kejauhan dengan kubah kuning yang besar, memang senang nak nampak. Tapi yang Qaeds suka, saiz masjid ni comel je sebenarnya. Ruang solat utama yang terletak dibawah kubah utama, boleh muat kira-kira 427 jemaah. Disebelah luar ruang utama ni ada foyer yang mengelilingi separuh bahagian masjid, sebagai ruang solat secondary yang boleh muat lebih kurang 300 jemaah. Pada tahun 1994, masjid ni diubahsuai dan kalau tengok pada sempadan bahagian foyer dengan tiang marmar merah, bahagian tak berbumbung ni ialah ruang tambahan yang dibina untuk tambah kapasiti jemaah.

Kalau standard hari ni, luasnya ruang solat di Masjid Ubudiah ni macam saiz beberapa surau besar yang Qaeds pernah pergi, tapi of course lah designnya yang grand menjadikan ia status antara masjid tercantik yang memang tak dinafikan lagi. Kalau tak takkan berbondong orang datang melawat tiap kali cuti. Seingat Qaeds, hampir semua 11 sekolah yang Qaeds pernah attend, mesti jadikan Masjid Ubudiah ni lokasi lawatan sambil belajar.

Batu marmar penghias majid

Masjid Ubudiah
Seingat Qaeds, selain Masjid Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin @ Masjid Besi di Putrajaya dan Masjid Jamek di KL, Masjid Ubudiah ni antara masjid yang banyak menggunakan batu marmar sebagai bahan binaan. Kesan menggunakan material ni ialah dapat banyak reflection di lantai dan rasa sejuk bila berjalan. Tiang-tiang hiasan dengan marmar warna merah ni diimport dari Itali dan London. Pusing keliling di ruang foyer dan tak terkira banyak tiang merah-coklat yang kontras cantik dengan lantai marmar putih.

BACA  Pantai Kelanang Banting

Makam Diraja Al-Ghufran

Al-Ghufran Royal Mausoleum Masjid Ubudiah

Di bahagian tepi pintu pagar utama, terletaknya Makam Diraja Bukit Chandan yang juga dikenali sebagai Makam Diraja Al-Ghufran. Dibina pada 1915,  di sini lah tempat persemadian keluarga diraja dan juga orang-orang besar negeri Perak. Kawasan ni terbuka pada umum, jadi kalau singgah melawat, boleh lah ziarah berdekatan kawasan makam dan sedekahkan Al-Fatihah.

Baitul di Bukit Chandan

Ubudiah Royal Mosque
Di sekitar Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah, ada beberapa buah rumah besar yang rekaannya yang buat Qaeds kagum dengan hasil pertukangan Melayu. Yang paling hampir dengan Masjid Ubudiah ni ialah Baitul Anor. Design rumah ni buat Qaeds teringat rumah aki Qaeds di Kuala Telang, tengok sepintas lalu hampir serupa bentuknya yang memanjang dari depan ke belakang, cuma bahan dan ciri-ciri detail design Baitul Anor ni buat ia nampak lebih megah lagi. Qaeds cuba bayangkan macamana kehidupan keluarga kerabat Diraja di rumah cantik macam ni sebab bukan senang nak dapat tengok dekat rumah sebegini. Kalau Qaeds di rumah Aki Majid boleh la berlari tak pakai baju kejar anak kucing, tapi anak kerabat tak macam tu la kot. Mungkin main sepak raga atau badminton ke di laman rumah.

Tapi sayang, rumah ni dah tak didiami lagi. Dulunya Baitul Anor ni jadi kediaman kerabat Diraja Perak. Tapi pengunjung masih boleh melawat, Qaeds nampak ada macam pameran gambar-gambar di bahagian bawah rumah. Qaeds snap beberapa gambar Baitul Anor ni dengan Masjid Ubudiah di belakangnya, dengan harapan akan dapat kembali lagi untuk ambil gambar sebelum terlambat. Satu baitul lagi, Baitul Aman dah pun terbakar tinggal rangka saja pada tahun 2006.

BACA  Santai petang Pantai Remis

Goodbye Kuala Kangsar

Di penghujung perjalanan ke Kuala Kangsar, Qaeds akhiri di kawasan Kolej Melayu dan SMK Clifford. Untuk next trip, harap dapat luangkan masa lebih lama lagi untuk jejak bangunan-bangunan bersejarah ni, yang jadi tempat laluan kerabat-kerabat dan golongan elit Melayu. Untuk Qaeds fahami lagi asal-usul negara ni.

Semua gambar-gambar ni ada di account Flickr Qaeds. Kalau nak guna, macam biasa minta kreditkan ke Qaedi Shamsuddin shadesofqaeds.com.