Sukan SEA emas bola – Pemain ke-12 tiada

Sukan SEA

Selepas 19 tahun tak ke stadium, Qaeds dapat peluang untuk saksikan penentuan pingat emas bola sepak Sukan SEA kali ni. Dah lama tak rasa atmosphere stadium, tapi rasanya patut lebih gila gempak, tapi apakan daya, Ultras Malaya (UM’07) beri pengajaran dengan tak masuk stadium.

Banyak yang diperkatakan pasal isu jualan tiket sampai UM memutuskan untuk tak masuk stadium. Pelik sungguh, zaman sekarang ni sistem ticketing masih tak boleh handle volume jualan untuk match yang ya amat penting. Low cost sangat ke IT infra sedia ada untuk handle situasi macam ni?

Selepas 16 tahun, sejarah hitam terbukti berulang lagi. Ibu pingat emas, mother of all gold medal terlepas di depan mata selepas penumbuk keeper tak dapat clear bola dalam keadaan game yang sangat mencabar.

Tapi update dari beberapa page FB, diorang ada hadir, semua ada di luar stadium rupanya. Tetap juga dengan semangat juang sayangkan team punya pasal. See what I mean?

 

 

Could we had different result had UM was in stadium? PASTI BOLEH. Qaeds yakin result boleh jadi lain kalau Harimau Muda kita dapat dengar laungan suara senada bertenaga tanpa putus asa diisi kata-kata bermakna, diiringi bunyi paluan dram ultras, selama 90 minit permainan. Biar kesilapan dibuat pemain atau gol bolos pun, ultras pasti akan tetap bertepuk tangan, berteriak bersorak suntikan semangat, sampai mengaum hati sekor-sekor Harimau Muda.

SEA Games Football Final
Crowd segan nak sambung wave. Sejuk agaknya hujan.

SEA Games Football Final
Antara beberapa yang fired up masa match. Diorang ni je yang hidup kat section Qaeds duduk.

Tapi malam ni hati mereka hanya mampu mengiau halus, sambil jerih bermain dalam keadaan licin lecah, cuba bersaing sengit dengan permainan Thailand yang Qaeds tengok pantas dan kemas. Adalah sorakan dari beberapa penjuru stadium tapi tidaklah tersusun atau jitu dan hanya berkala-kala keluar suara. Yang pasti memang tak sama dengan apa yang UM boleh beri. We did not know what we were missing out tonight.

BACA  Naik Rapid Ferry Penang Island

Ada juga beberapa drummer sampai walaupun game dah mula agak lama, cuba nak start crowd, tapi usaha paluan gendang mereka kurang dapat sambutan. Macam tu pun, diorang kekal gigih balun gendang sampai wisel penamat. Salute sangat pada diorang yang hadir malam tu. Pada individu yang cuba nak start crowd buat wave tapi tak dapat sambutan, harap diorang tak akan putus asa buat lagi. Kalau UM decide nak buat macam ni lagi, kenalah ada gantinya.

Cubaan berdiri bila terlalu excited bak api dicurah air bila ada suara halus terdengar “Oi duduk la orang nak tengok bola la”

Qaeds ambil sedikit beberapa frame gambar sebelum kick off. Bila mula saja game, simpan kamera, sarung baju hujan dan cuba ikut beri sorakan. Cubaan berdiri bila terlalu excited bak api dicurah air bila ada suara halus terdengar “Oi duduk la orang nak tengok bola la”. Tengok je lah bola tu.

Next time kalau jadi lagi macam ni, Qaeds pun tak nak pergi selagi tak confirm UM akan buka curva bila semua dah dapat tiket. Last minit confirm diorang masuk stadium, baru yang lain masuk.

It was a defining moment, right before my eyes. Terlalu banyak perkara yang tak tersingkap, jauh dari pengetahuan ramai dan akhirnya satu negara menanggung akibat. Kita tewas perlawanan, tapi pemain kita tetap juara di hati.

Tak apa, kita move on! Sukan SEA ke-30 di Filipina nanti kita mengaum lagi. Takkan selamanya larat gajah nak jadi juara kan?

SEA Games Football Final
“Abang dari Sinar ke Metro?” ayat pancing minta ambil gambar. Nah dik harap kau bukak blog aku ni.

SEA Games Football Final

SEA Games Football Final
Antara harimau lain yang juga berjuang memastikan keselamatan

SEA Games Football Final
PJ pun mesti mau ada gambar kenangan

Sedikit lagi gambar-gambar ada di album Flickr. Guna lah kalau nak, tapi beri lah kredit balik ye.

BACA  Fotografi Jalanan Malaysia outing Merdeka 59

Author’s Note: This post is not in anyway represents the opinion of Ultras Malaya and its dedicated members. It merely highlights what we were missing and what we could have had if in the end we dot not have the match in our favor.

Catatan penulis: Post ini tidak mewakili suara Ultras Malaya dan ahli-ahlinya. Penulis hanya menyatakan apa yang semua penyokong terlepas dan mungkin dapat sekali pun akhirnya keputusan perlawanan tidak memihak pada kita.