Seminggu itu berlalu sudah

Kuih raya, lemang, rendang, mercun, pelita, bunga api dan jem di highway nak lari ikut jalan lama (tol mahal pun lambat sampai kampung), semua ni sendat dalam fikiran, menjelang 1 Syawal. Macam-macam rasa hati sepanjang perjalanan balik, tak sabar nak berbuka puasa di kampung akhir Ramadhan, bertakbir dan untuk hanya bersandar menyedut udara dan suhu nyaman yang hanya ada di kampung. Jauh dari bandaraya, bagus juga untuk clearkan kepala. Nice to have this once in a while. Often is better.

Tapah Aidilfitri 1438H

Raya kali ni yang berbeza, Qaeds luangkan di dua negeri. Mula di kampung Miss LG di Tapah, dan sambung lagi di Lipis. Sekarang, Qaeds join kelab orang raya berdua, dua kampung, dua negeri, dua budaya. Nasib tak sakit perut teruk makan macam-macam.

Tapah Aidilfitri 1438H

Miss LG Tapah Aidilfitri 1438H

Sejak abah tiada, dan beberapa tahun sebelumnya pun, Qaeds dah lama tak sambut raya macam zaman budak-budak. Kalau dulu, sejak form 1 lagi seminggu sebelum raya dah ada tiket bas cabut balik kampung sendiri. Bila dah besar sikit, malas dah. Makin tua, makin jauh rasa dengan zaman muda yang carefree, bebas tanpa tanggungjawab.

Punya kelam kabut beraya, tak sempat langsung nak snap gambar bandar Tapah. Keluar pergi TF Mart, balik duduk dalam jem. Pergi laundromat, balik duduk dalam jem. Tapi bandar Tapah ni lebih kurang macam bandar Lipis juga. Old world charm nya sama cuma trafik lebih sibuk sebab duduk direct menerusi jalan Bidor-Tapah-Kampar-Ipoh (Jalan Persekutuan 1).

Tapah Aidilfitri 1438H

Miss SG Tapah Road Aidilfitri 1438H

Tapah Road Aidilfitri 1438H

Raya ke-3 kami balik ke Lipis ikut Jalan Tapah-Ringlet-Sg. Koyan. Tengah jalan singgah di spot air terjun cantik Lata Iskandar. Segar sekejap lepas layan corner 30 minit dan nak sambung lagi 30 minit ke Ringlet.

BACA  Kak Bibah Kafeteria Slim River

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Di Lipis, sambung lagi shoot bandar, tambah koleksi gambar. Selalu memang tak dapat nak lama, walaupun bandar Lipis ni tak besar mana tapi ada banyak bangunan bersejarah yang penting.  Qaeds snap gambar yang mana sempat dulu lah. Raya haji nanti kena habis kan semua Rumah DO, Rest House, Pahang Club, Pejabat Tanah & Daerah.

KTM Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Sempat juga kami ke Chegar Perah, rumah adik mak, ikut jalan baru CSR. Jalan utama yang dulu nya sibuk depan Felda, sekarang sunyi sebab dah terpisah dari highway. Memang jadi spot menarik photoshoot dan appreciate landscape cantik.

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Overall, raya kali ni agak meriah juga walaupun dalam kesederhanaan. Macam tu lah setiap kali, yang sederhana tu lebih baik. Dapat tengok tempat baru, belajar perkara baru tempat orang dan macam-macam lagi.

Miss LG Kuala Telang Aidilfitri 1438H

Sekarang dah sampai Syawal, menunggu lagi lah. Harap kita semua dapat menjengah lagi Ramadhan yang akan datang pula, Insya-Allah.