Pesta Bon Odori

Bon Odori 2017

Selepas seharian dari pagi dengar industry insight di investment conference Sabtu lepas, Qaeds rush dari KL ke Shah Alam untuk join ribuan peminat culture Jepun di sambutan Bon Odori ke-41. Photo op yang takkan dilepaskan, ramai orang pakai yukata dan kimono. Kawaaii!!!

Dah beberapa tahun Qaeds skip tak datang event tahunan yang dianjurkan oleh Japan Club Kuala Lumpur, Kedutaan Jepun dan beberapa lagi badan yang berkaitan. Kali ni dah siap key-in calendar, memang tak sabar nak tengok tarian comel Bon dan performance gendang oleh pelajar Japanese School of Kuala Lumpur.

Bon Odori 2017

Jadi, sebagai sebahagian effort untuk adakan microadventure sendiri, Qaeds usaha juga pergi walaupun dah penat duduk mendengar fund managers beri lecture. Nak juga ada kan variety, selain jalan-jalan masjid dan ambil gambar kampung. Lagipun, pergi sebelum ni, tak pernah ambil gambar langsung. Jadi kali ni azam mesti mau ambil gambar sebanyak yang boleh untuk kenangan.

Masa sampai memang ngam-ngam fireworks baru mula jam 8. Dengan perut lapar, tapi terus masuk ke tengah stadium, snap gambar pengunjung semua asyik excited tengok bunga api. Dah lama tak tengok bunga api, seronok juga.

Bon Odori 2017

Highlight event mestilah tarian Bon. Tarian Bon ada bermacam jenis, ikut kawasan-kawasan di Jepun. Kalau tak salah, Bon Odori di Malaysia ni ambil 4 jenis tarian antaranya Tokyo Ondo dan tak ingat dah lagi 3 apa nama nya. Penari atas yagura (pentas) akan ulang 4 tarian ni, 3 kali sesi. Excited sangat dah tengok semua tak sabar nak mula menari. Dari last Qaeds datang 5 tahun lepas, memang nampak ketara bertambah ramai pengunjung.

BACA  Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

Bon Odori 2017

So apa ada dengan Bon Odori? Event ni asalnya dibuat kecil-kecilan oleh penganjur sejak 1976 untuk rakyat Jepun yang menetap bekerja di Malaysia. Agaknya untuk mengubat kerinduan masing-masing pada kampung. Sekarang hampir 36,000 pengunjung datang tiap tahun, yang nampaknya lagi ramai orang kita. Dan lagipun, memang event ni dianjurkan sebagai satu cara untuk dedahkan rakyat Malaysia dengan budaya Jepun. Agaknya supaya orang tak fikir Jepun ada anime dan cosplay saja.

Bon Odori 2017

Disebalik sejarah asal tarian Bon yang dibuat berunsurkan agama Buddha dan Shinto untuk membantu roh nenek moyang, banyak lagi unsur budaya dalam sambutan Bon Odori yang semua orang boleh enjoy. Sambutan yang dibuat di luar Jepun, kebanyakannya dah tiada unsur agama, yang tinggal unsur budaya dari segi tarian, muzik dan pakaian. Lagipun ni cara paling mudah untuk sesiapa pun ambil bahagian dalam acara kebudayaan Jepun tanpa perlu pergi ke sana.

Gambar-gambar ni semuanya dari sesi tarian ke-2 dan ke-3 (akhir). Qaeds skip bahagian makanan dan games, sebab all the excitement memang di tengah padang, di keliling yagura. Yang kecil, besar, tua (tak ramai sangat) dan muda, semua join sekaki menari, ikut keliling pentas. Jadi senaman bagus juga, berpeluh-peluh tiap kali habis sesi.

Bon Odori 2017

Bon Odori 2017

Bon Odori 2017

Bon Odori 2017

Sebagai kelaziman orang Jepun, event habis tepat pada waktunya jam 9.45. Memang bagus penganjur menepati masa, tak berlarut-larut sampai malam. Anak-anak kecil boleh balik rehat tidur, sure letih dah menari sakan. Kaki anime macam Qaeds, sambung balik rumah layan anime lagi. Yosh!!!

Bon Odori 2017

Bon Odori 2017

Dari 568-ish keping gambar, hanya 35 keping yang final Qaeds kongsikan, dalam Flickr album. Kalau ada gambar anda, jangan lupa tag @shadesofqaeds atau FB Shades of Qaeds ye masa post.

BACA  Menapak KL Grand Outing FJM

Dah lama tak shoot aksi, waktu malam, artificial light vapor lampu stadium memang sangat mencabar. Skin tone pun menguning langsat, autofocus menggigil dan lock focus segan silu je walaupun dah guna f1.4 dan centre focus point. Qaeds center focus, dan taram tekan shutter. Hopefully dapat lah gambar-gambar ni menunjukkan suasana meriah sambutan. Next year insya-Allah kalau diizinkan dapat pergi lagi cari gambar-gambar best.

Lepas ni nak mencari karnival dan festival lagi. Kalau anda ada info event menarik, tinggalkan komen so boleh Qaeds join sama.

Bon Odori 2017


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *