Lata Iskandar Tapah

Lata Iskandar

Masa on the way ke Lipis ikut jalan Tapah-Ringlet, Qaeds dapat singgah sekejap di Lata Iskandar, lokasi air terjun Hutan Simpan Tapah. Tak sangka ada spot scenic macam ni dalam perjalanan. Dah corner berbelit-belit lebih kurang 35 minit, tiba-tiba air terjun muncul. Betul-betul depan mata!

Lata Iskandar letaknya lebih kurang separuh perjalanan antara Tapah dan Ringlet (Jalan Persekutuan 59). Jalan yang dipandu memang melintas betul-betul depan air terjun, jadi rugi lah kalau tak singgah. Elok kami plan bergerak awal pagi dari Tapah, masa sampai sini, orang belum ramai dan kereta pun tak banyak.

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Di tepi jalan, ada banyak gerai jualan di tepi jalan. Biasalah ada kraftangan (buatan orang Asli tempatan mungkin), t-shirt dan makanan. Miss LG dan mak cuci mata tengok beg-beg anyaman mengkuang. Kami beli jagung cup dan makan depan air terjun.

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Kawasan lata ni sangat lah tak luas. Tapi cukup lah untuk singgah sekejap, hirup udara dingin dan cuci muka dengan air sungai yang sangat sejuk. Bagi kurang pening, nanti nak jalan macam Tokyo Drift lagi sampai Ringlet.

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Kami lepak dalam 15 minit, sebab kereta pun parking tepi jalan depan kedai dan orang pun dah mula ramai.

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

Kena hati-hati masa berjalan di tepi kedai time usha barang. Sebab memang betul-betul tepi jalan gerainya. Silap gaya boleh berlaga lutut dengan bumper.

Lata Iskandar Aidilfitri 1438H

BACA  Nasi dalam buluh @ Nasi Bamboo Sg Klah