Kuala Lipis Scene Aidilfitri 1438H

Lipis

Lepas beraya di Tapah tahun ni, Qaeds sambung lagi raya di Lipis. Bawak Miss LG pusing-pusing tengok bandar tempat penyanyi kegemarannya membesar. Bagi Qaeds sendiri, untuk tengok bandar yang satu masa dulu pernah dijejaki sama dengan arwah abah.

Bandar koboi ni tak banyak sangat berubah sejak last Qaeds datang dengan abah beberapa tahun dulu. Trafik sentiasa ala kadar, kedai-kedai pun banyak masih yang sama, cuma yang nampak macam ketara sangat pertambahan kedai jual handphone Vivo. Bersepah kedai jual Vivo, selagi ada kedai handphone, semua ada iklan kamera selfie bercahaya lembut.

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kalau hari Sabtu, Qaeds dan sepupu (Baby, that’s you) ikut pakcik ke bandar untuk urusan, kami jalan-jalan di Pekan sehari. Hidupnya bandar Lipis ni pun tiap minggu sebab pasar pagi, ramai orang dari seluruh Lipis datang beli bekalan dan buat urusan bank. Setahun sekali ada Karnival Lipis, tapi yang ni Qaeds pun tak pernah pergi, takda siapa nak bawa.

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

KTM Kuala Telang-Padang Tengku-Kuala Lipis

Qaeds bawa Miss LG ke stesen keretapi, spot favorite Qaeds di seluruh bandar. Di stesen ni dulu kenangan dengan abah sama-sama naik tren sampai ke KL. Pagi-pagi Sabtu naik keretapi shuttle ke bandar Lipis, adventure nya bermula sejak jam 5 pagi, kena bangun awal mandi air sejuk dan bersiap-siap. Lepas subuh, dengan lampu suluh, jalan dalam gelap melintas depan kubur kampung sebab itu je jalan yang ada nak keluar masuk dari rumah untuk ke jalan keretapi.

Kuala Telang Aidilfitri 1438H

Di sebelah kiri bawah gambar ada jalan, panjat tebing naik atas ke landasan dan jalan ke hilir dalam 300 meter untuk tunggu keretapi di stesen Kuala Telang. Selalu nervous time jalan atas landasan kalau-kalau keretapi sampai. Tapi tak pernah pun kena sebab timing dah baik.

BACA  Jom lawat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Kuala Telang Aidilfitri 1438H

Miss LG Kuala Telang Aidilfitri 1438H

Stesen Lipis ni kecil je, dan antara stesen yang masih lagi style lama, bangunan kayu. Design stesen keretapi biasa nya sama saja, bangunan memanjang sepanjang stesen, laluan masuk di tengah-tengah. Banyak lagi rasanya stesen bandar kecil macam Kluang (kopitiam stesen best). Sebab masih belum membangun lagi laluan sebelah Pantai Timur ni. Beza dengan di Pantai Barat, stesen semua nya rasa dah renovate baru. Haritu lalu Tg. Malim sudah baru stesennya.  Insya-Allah kalau diizinkan, Qaeds nak travel sepanjang laluan tren di Lipis ni untuk ambil gambar stesen keretapi lama. Kemungkinan tak lama lagi akan banyak stesen ditutup atau direnovate. Macam stesen Padang Tengku yang dah tak beroperasi pun.

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Pengalaman naik tren shuttle Tumpat – Lipis ni memang best. Maaflah, Qaeds boleh cerita saja, tak dapat nak tunjuk gambar sebab tak dapat ambil gambar. Kalau yang pernah merasa, mesti ingat lagi rupa tren koc/gerabak lama kelas 3, tiada air-cond dan memang jujur cakap lah, buruk nak mampus. Nak panjat tangga tren tu, kalau bukan dari atas stesen, sangat lah tinggi sampai terkangkang. Kalau naik dari stesen kampung ke Lipis, tiket 30 sen bayar terus pada konduktor. Kalau nasib baik, sebab konduktor jauh di belakang, kita di depan, sampai Padang Tengku pun tak payah bayar sebab dekat sangat jarak perjalanan. Bila keretapi bergerak, rasa syahdu dengan bunyi gerabak keriuk-keriuk dan angin bertiup. Lagi best duduk dekat bahagian tangga.

Tapi khidmat tren ni lah banyak berjasa pada penduduk kampung sepanjang laluan Lipis – Tumpat yang bergantung harap untuk ke bandar setiap minggu. Dengarnya dari 3 kali sehari, sekarang dah jadi sekali sehari saja waktu pagi. Atau pun dah memang shut down terus, Qaeds tak dapat pastikan. Ada yang bekerja KTM boleh confirm?

BACA  Masjid Diraja Sultan Suleiman

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

KTM Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Bandar Lipis

Lepas siap tengok stesen, kami lepak minum di Restoran Tai Choong bawah Hotel Central, pekena kopi peng dan cham ais, tambah roti bakar. Dah lama tak lepak kopitiam asli macam ni, dulu di Kangar dan Kluang, mesti pergi minum pagi di kopitiam yang mana kopi susu nya sangat lah sedap dan ikhlas rasa.

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Dah siap minum, kami round sikit lagi di area Medan Tangga dan bangunan kedai di jalan besar. Best rasa jalan-jalan depan kedai-kedai lama, macam going back in time. Dapat feel pun jadi lah.

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H
Kedai pulut rendang hitam legend. Institusi penting mengisi perut orang Lipis sejak bertahun-tahun lama

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H
Nasi Ayam sembelih kaki

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Kuala Lipis Aidilfitri 1438H

Banyak lagi view Lipis ni yang tak di ambil, nanti nak top-up lagi. Bangunan bersejarah ada banyak, zoo, masjid. Insya-Allah harap panjang umur dapat tengok lagi bandar Lipis.

Post ni untuk abah yang dah setahun pergi. I still tread your old playground and will always do for as long as I can.