#BangkitBersama di Sukan SEA KL 2017

Sukan SEA

Setiap 2 tahun satu negara ASEAN akan jadi tuan rumah menganjurkan Sukan SEA untuk semua 11 negara ahli rantau Asia Tenggara. Kali ni giliran Kuala Lumpur sebagai penganjur, Qaeds excited nak pergi tengok untuk pertama kali, mula dengan acara pembukaan dulu pada 19 Ogos.

Cover image credit: kualalumpur2017.com.my

Kali ni akan jadi kali ke-6 Malaysia jadi penganjur Sukan SEA, match dengan rekod Thailand. Hebat Malaysia ni  jadi penganjur sukan pelbagai acara. Kalau ikut kan Brunei jadi tuan rumah kali ni dan Malaysia pada 2019 tapi Brunei belum bersedia menganjur untuk beberapa edisi yang akan datang dan Malaysia sedia untuk menerima kehadiran atlet untuk edisi ke-29.

Ada 38 acara dipertandingkan dan yang utama sekali Qaeds nak tengok ialah badminton, fencing, golf dan diving. Ada event ni nak masuk kena bayar tiket, ada yang free entrance. Boleh rujuk laman web rasmi KL2017 untuk jadual event berbayar dan portal pembelian tiket. Tiket dah mula dijual bermula 4 Julai 2017.

Link berguna untuk rujukan:

Senarai acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Jadual acara Sukan SEA KL 2017 (berbayar) dan portal tiket

Maskot Sukan SEA KL 2017
Maskot Sukan SEA KL 2017, RIMAU – Respect, Integrity, Move, Attitude, Unity. Credit: kualalumpur2017.com.my

Acara Pembukaan Sukan SEA

Event pembukaan akan diadakan pada hari Sabtu 19 Ogos, dengan tiket harga RM20 (tak masuk GST lagi) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Selama ni hanya tengok acara pembukaan dalam TV saja, kali ni nak turut join  rakyat Malaysia sama-sama kibar Jalur Gemilang bersorak untuk kontinjen negara. Harap-harap sambil kibar bendera nanti dapat lah muka masuk TV, kena sorak-sorak meriah jangan muka lemau kalau nak abang camera man ambil shot.

BACA  Portrait Miss LG di Jambatan Kota Lama

Yang penting Sportsmanship

Di setiap acara sukan besar melibatkan banyak negara, yang penting ialah semangat kesukanan. Harap tiada kejadian tak best antara penyokong mana-mana negara. Sebagai tuan rumah, kita jadi contoh, sambut kedatangan semua elok-elok dan have fun beri sokongan pada semua peserta bertanding tak kira mana pun asal mereka. Sama-sama kita jaga keselamatan diri, keluarga dan semua pengunjung di setiap venue.

Lagi pun, penting untuk diperlihatkan pada adik-adik dan anak-anak selain dari nilai berdaya saing dan competitive dalam sukan tapi juga semangat kesukanan yang tak mengira agama, bangsa asal-usul. Semua tu tolak tepi, kita support semua dan belajar dari usaha dan semangat yang setiap atlet tunjukkan demi nak dapatkan pengiktirafan sukan tertinggi di ASEAN.

Sambil-sambil tu jangan lupa pelawa pengunjung luar negara ke kedai-kedai makan tempatan yang sedap-sedap, bagi dia orang rasa nasi lemak, mee goreng mamak, mee kari, pulut panggang dan tunjuk jalan ke pasar malam juga supaya tahu arah selain shopping mall. Kita jadi tourist guide tak berbayar/duta tak berlantik sepanjang waktu kejohanan berlangsung ok?

Untuk yang nak dapatkan cenderahati rasmi Sukan SEA KL 2017, boleh check di FM Store, ada macam-macam pilihan T-shirt dan memorabilia menarik untuk kenangan. T-shirt Dry-Fit nya lawa juga design. Tapi kalau tak dapat beli, pakai jersi Harimau Malaya pun dah cukup. Janji ada Jalur Gemilang.

Sukan SEA KL 2017 FM Store

Jom Bangkit Bersama Rimau

Dengan tema KL2017 kali ni #BangkitBersama #RisingTogether so, kepada semua yang membaca, jom kita turut serta beri sokongan pada kontinjen negara. Tak dapat datang tengok di venue pun tak apa, janji pegang Jalur Gemilang sambil tengok TV. Kita kumpul ramai-ramai di restoran dan kedai kasi bingit. Tapi bila dengar azan berkumandang, jangan terus bingit buat tak reti je ye.

BACA  Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Tema Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

Sepanjang waktu kejohanan ni, kongsilah semua gambar-gambar di media sosial dan tag kan #BangkitBersama #SukanSEAKL2017 so boleh lah semua pun tengok gambar perkongsian semua rakyat Malaysia beri sokongan pada atlet negara.

Akhir sekali, Qaeds kongsikan kata-kata ciptaan seorang negarawan, Allahyarham Tun Dr Mohd Ghazali Shafie:

Majulah Sukan untuk Negara

Jumpa nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil, RAWWWRRRRR!!!