Album kahwin iQaeds Photo by Heron & Finches

Album Kahwin iQaeds photo

Zaman moden ni ada lagi ke orang yang nak tengok gambar dalam album kahwin? Dengan smartphone, tablet ada Internet ada social media, lagi senang orang nak tengok gambar dan share, bagi banyak like. Qaeds lagi suka pegang album kahwin di tangan, untuk gambar-gambar yang extra special.

Kadang-kadang, ada juga dapat panggilan untuk ambil gambar majlis orang kahwin dan akad nikah. Biasanya, Qaeds akan beri album gambar semasa deliver hasil akhir kerja pada pasangan. Walaupun ada yang request hanya nak soft copy gambar digital, tapi Qaeds cuba yakinkan dengan tunjuk sample album dan terangkan sebab kenapa perlu ada. Tapi tak semua faham maksud disampaikan. Selalunya bakal isteri faham, bakal suami kurang jelas. Kadang-kadang terbalik. Jarang-jarang, dua-dua sekali faham. Tapi tak paksa pun. Cuma yang susah nya kalau dah lepas setahun dua, jumpa semula untuk request album.

Wedding Kiss by Hieu Le at Stock Snap
Gambar kahwin special macam ni, lebih cantik diabadikan dalam album – Hieu Le stocksnap.io

Selepas beberapa tahun ambil gambar, Qaeds dah develop visual style sendiri. Ini jadi faktor penting yang beri keyakinan semasa setiap shoot untuk pasangan yang percayakan Qaeds merakamkan hari istimewa mereka.

Personally, Qaeds lagi suka kalau hasil akhir kerja dipersembahkan dalam album yang berkualiti, dari terperuk saja gambar-gambar tu dalam hard disk. Sambil dapat beri visual style tersendiri dan enjoy the process, pasangan pula dapat album berkualiti. Dan pengalaman menyelak helaian album berkualiti ni boleh dirasai oleh pasangan sendiri dan masa berkongsi dengan teman dan keluarga. Everyone wins.

Album kahwin by iQaeds

Spesifikasi & kriteria album

Ada beberapa kriteria/requirement yang Qaeds tetapkan untuk print setiap album. Set requirement ni ada yang diutamakan dan ada yang letak tepi, bergantung pada keperluan.

Album Kahwin by iQaeds Photo

Tapi ada beberapa kriteria yang asas/wajib/mesti conform sebelum kriteria lain dipertimbangkan. Antaranya jenis album, kertas, kualiti printing. Ini antara kriteria yang sangat ditekankan untuk dapatkan kualiti terbaik dengan kos sedia ada, dan Qaeds takkan cut cost, cut short, or short change pasangan. Prinsip yang sama terpakai untuk busana pengantin dan make up. Dua benda ni terlalu penting yang jangan cut cost melampau, well untuk sebab-sebab yang terlalu nyata dan malas nak bincang panjang lebar.

BACA  41 foto pilihan FJM di KLPF 2016

Basically, album yang nak diberi mesti boleh beri feel timeless dan klasik. Berikut antara kriteria utama yang Qaeds dah tetapkan untuk penyediaan album setelah dieksperimen.

Jenis album – Lay Flat

Untuk album wedding, Lay Flat is the only way to go. Book style, boleh guna untuk hari istimewa lain seperti birthday atau konvo. Tapi untuk kahwin, I will not use any less than Lay Flat. Bila dibuka, spread akan jatuh rata, helaian album lebih senang diselak dan mudah dibelek dan paling penting tak menjejaskan kualiti lipatan kertas dalam album. Standard lay flat album untuk album wedding menggunakan spesifikasi kertas lebih tebal berbanding book style. Simple rule untuk helaian album – lagi tebal lagi bagus, album akan tahan lebih lama.

Album kahwin by iQaeds

Album kahwin by iQaeds

Kulit album & embossing

Material faux leather ataupun linen biasanya jadi pilihan dan ikut kesesuaian, tanpa ada corak-corak melampau atau material pelik macam kaca dan aluminium. Sekarang, Qaeds dah ada standard pilihan kulit album dan sample akan dikongsi dengan pasangan untuk mereka pilih sendiri.

Album kahwin by iQaeds

Untuk personalize kan album, covernya mesti boleh di emboss dengan custom logo. Qaeds akan buat logo nama pengantin dan tarikh nikah guna design typography sebagai tajuk album.

Saiz dan orientasi album

Square/Segi empat, maksimum 11 inci. Personal preference Qaeds ialah ukuran minimum 10×10 inci atau 11×11 inci. Lebih dari tu, 12×12 inci contohnya, album spread akan jadi terlalu besar dan beratnya sampai nak buka dan tengok pun malas. Album saiz yang sesuai, penting supaya senang nak dibawa dan nak simpan pun jimat ruang. Ikut pengalaman lalu, saiz 10×10 inci yang terbaik untuk nisbah kos cetakan dan saiz. Lagipun, penjimatan dari segi saiz boleh guna untuk tambah spread muka surat dan susun gambar ekstra.

BACA  Frame enlargement gambar wedding

Kertas dan tone warna

Dengan teknologi printing yang dah advance, ada banyak pilihan kertas untuk digunakan dari yang basic art card sehinggalah lab quality photo paper yang boleh mengekalkan tone warna atas kertas sehingga 100 tahun. Untuk permulaan, art card matte sudah mencukupi, yang penting jaga album tak terdedah pada cahaya matahari atau lembapan. Seeloknya kalau dapat letak sebungkus kecil desiccant gel lagi bagus. Qaeds letak dehumidifier charcoal packet beli di Daiso pun ok.

Album kahwin by iQaeds

Kotak simpanan

Setiap pesanan album, Qaeds akan sertakan sekali kotak untuk protect album bila disimpan. Kotak album pun ada macam-macam spec, dari jenis slip on atau pun kotak full size. Yang terbaik kotak full size sebab akan cover album sepenuhnya.

Album kahwin by iQaeds

Album kahwin by iQaeds

Album kahwin by iQaeds

Heron & Finches (Hong Kong)

Dengan kriteria yang dah ditetapkan, Qaeds pilih Heron & Finches (H&F) yang beribu pejabat di Hong Kong, penyedia percetakan album bespoke yang tinggi kualiti hasil kerjanya. Pertama kali jumpa dengan wakil H&F masa mereka join satu ekspo perkahwinan di KL Convention Center beberapa tahun lepas, setelah sekian lama mencari orang yang boleh bikin album ikut kriteria yang Qaeds tetapkan. Harga ditawarkan pun kompetitif dengan aspek kualiti cetakan diberi, bermakna Qaeds boleh beri yang terbaik dengan kos berpatutan.

Jenis cover kulit dan kualiti kertas yang H&F sediakan memang sangat menepati citarasa Qaeds. Kombinasi cover kulit, kertas, kualiti cetakan dan kotak album yang ditawarkan memang beri feel sangat timeless. Lagipun nak beri pada pelanggan, kena bagi yang sendiri suka dan minat.

Team H&F teliti dengan setiap pesanan Qaeds buat dan wakil mereka selalu berhubung untuk pastikan setiap pesanan tepat dengan citarasa/spec dan standard kualiti yang mereka tawarkan. Makin banyak pesanan, makin mudah workflow antara dua pihak, dengan tahap kepercayaan yang dah ada.

BACA  Khatam Al-Quran

Menurut H&F, mereka hanya berurusan dengan jurugambar untuk setiap pesanan. Ini untuk memastikan kualiti pesanan yang dibuat, dengan komunikasi lancar antara jurugambar dan H&F yang sudah memahami keperluan kreatif masing-masing. Dengan tahap komitmen macam ni akan mudahkan Qaeds untuk buat album client di masa depan.

Selain tu, ialah kualiti buku album, yang mesti bertahan sepanjang hayat pasangan, untuk dikongsi dengan anak cucu. Setakat ni, client puas hati dengan kualiti album yang diberi dan H&F juga boleh baiki album kalau ada kerosakan, dengan kos yang berpatutan.

Proses design album

Qaeds buat sendiri design album, dari pemilihan gambar dan layout. Kalau tiada halangan, pasangan boleh pilih sendiri gambar, dari set yang dah disediakan. Ideally, tak dapat nak masukkan semua 400-500 gambar dalam 20 pages walaupun pernah tengok orang buat. Dan mengikut pengalaman sendiri, hanya 60-70 gambar yang betul penting dari setiap majlis perkahwinan dan dari set ni pun bergantung pada muka surat album, tak semua boleh dimasukkan.

Album kahwin by iQaeds

Album kahwin by iQaeds

Untuk permulaan, album diberi dengan 20 pages atau 10 spreads (1 spread = 2 pages). 35-50 gambar boleh disusun dalam 20 pages ni, dan kalau nak ekstra boleh tambah. Boleh juga nak upgrade ke 30 atau 40 pages.

Untuk proses lengkap design album, insyaAllah akan Qaeds kongsikan dalam blog post yang lain kemudian.

Album kahwin by iQaeds

Album kahwin is forever

Harapnya 20-30 tahun akan datang, pasangan yang hire Qaeds akan berkongsi album kahwin mereka dengan anak-anak setiap kali teringat semula kenangan manis saat diijab kabul. Dan itu lah motivasi penting untuk Qaeds, setiap kali diberi kepercayaan untuk deliver fotografi dan album kahwin.

 

7 thoughts on “Album kahwin iQaeds Photo by Heron & Finches

    1. Hi Siti, Happy New Year! Thanks for dropping by my blog.

      About buat album tu boleh, I akan send email nanti untuk discuss further.

        1. Hi Amirul, thanks singgah blog Qaeds. sure boleh. just bgtau email address untuk Qaeds hantar quotation ok

Comments are closed.