8km yang sunyi sepi – portrait tepi jalan Chegar Perah

Chegar Perah

Satu masa dulu, jalan ni sibuk dengan trafik dari arah Kuala Lipis ke Gua Musang. Tambah lagi dengan lori sawit, lori balak dan segala macam jenis lori, memang seram nak keluar simpang di kawasan Felda Chegar Perah ni. Kereta lori berdesup semuanya. Tapi sejak siap sebahagian highway CSR, jalan ni dah terkeluar dari rangkaian jalan utama dan sekarang hanya digunakan penduduk sekitar Felda Chegar Perah dan Felda Sg. Temau.

Memang bagus ada highway CSR (Central Spine Road) masa kami balik raya Aidilfitri baru ni. Dulu-dulu kalau pergi ke rumah adik mak di Chegar Perah, dari Padang Tengku makan masa sejam juga. Sekarang dah 20 minit saja perjalanan. Lepas Jambatan Sg. Jelai dan Ladang Selborne, belok kanan masuk highway, terus 80-90km/j sampai exit Chegar Perah. Lepas ni memang selalu lah ke sini. Banyak lagi spot menarik nak di ambil gambar. Ada Hutan Lipur Sg. Yu, spot mandi sungai best.

Map di atas ni masih belum update, jalan masuk ke highway dari arah Padang Tengku masih lagi di Kechau. Yang dah siap sekarang, selepas Ladang Selborne, sebelum stesen Shell Kechau, dah boleh belok ke kanan masuk highway.

Jalan Persekutuan No 8 yang asal yang belah kanan yang berbelit banyak corner. Jalan CSR yang baru, at least sebahagian yang dah siap, lebih lurus dan jalan nya kurang mendaki curam kalau nak banding jalan yang lama. Bila sampai di Chegar Perah (zoom map), stretch jalan lebih kurang 8-9 km ni terpisah dari highway dan bersambung semula di Sg. Yu. So sekarang jalan ni eksklusif untuk kegunaan Felda dan volume trafik jadi berkurangan.

BACA  Portrait Miss LG di Jambatan Kota Lama

Hikmahnya siap jalan highway, walaupun menjadikan terpencil sikit dua kampung Felda ni, tapi jalan raya jadi lebih selamat untuk orang tempatan. Biasa lah di kampung, banyak yang naik motor ke sana sini tak pakai helmet. Dan kami pun boleh shoot portrait dengan background cantik tengah/tepi jalan tanpa risiko kemalangan maut.

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Dengan kurang nya trafik, boleh berhenti dengan (agak) selamat tepi jalan untuk ambil landskap cantik di Chegar Perah ni.

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Qaeds memang suka ambil gambar tepi jalan. Sebab kadang-kadang memandu dan ternampak spot elok cantik, berhenti sekejap ambil gambar. Siapa yang ada dalam kereta, jadi mangsa lah. Siapa lagi kalau bukan model profesional ni:

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Waktu petang kami ambil gambar ni, matahari dah condong di ufuk barat, kadang terik, kadang terselindung awan. Tak dapat nak guna sangat light meter Sekonic favorite untuk determine exposure sebab awan bergerak agak cepat, setiap lighting condition bertahan dalam seminit dua. Kamera Qaeds set Aperture priority dan ISO secukup rasa untuk auto shutter speed. Dan dalam beberapa frame burst (Continuous mode), sambil Miss LG pandang ke arah matahari, dapat lah satu frame yang memuaskan hati.

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Punya lah tak busy jalan ni, kami boleh portrait shoot tengah jalan. Sekali sekala ada la motor penduduk tempatan atau trak 4WD.

Chegar Perah Aidilfitri 1438H

Insya-Allah kami akan datang lagi, shooting lagi dan nak merayau cari stesen KTM Chegar Perah. Masa pergi time ni, cari stesen tak jumpa-jumpa. I’ll be back!