Salam Aidilfitri 1438H

aidilfitri

That time of the year has arrived. 1 bulan puasa tak terasa bila dah sampai minggu dan hari terakhir Ramadhan. Awal dulu memang lemau, tak sabar menunggu berbuka.

Raya tahun ni, kurang seorang, tambah seorang dalam family. Perasaan raya yang paling berbeza untuk Qaeds, lepas abah dah tiada.

Tahun ni akan beraya di kampung Miss LG dulu. First time lah juga kena tempuh PLUS Utara Selatan ke arah utara. Dulu berebut dengan orang Pantai Timur, sekarang dengan orang Utara pula. Banyak lah bayar tol tahun ni.

Kecil-kecil dulu, dah biasa juga beraya di kampung orang. Macam-macam orang Qaeds pernah ikut beraya dari jiran sebelah rumah dan rakan sekerja abah. Abah selalu kena kerja time raya, so Qaeds ikut je siapa yang sudi angkut Qaeds sekali. Buat muka comel-comel kesian, ada la orang akan bawa, dari Air Paabas sampai ke Karak. Dah besar sekolah menengah, balik kampung naik bas. Duduk lah rumah makcik pakcik, nenek saudara mana-mana yang ada ruang. Rileks saja raya sendiri.

Walaupun tahun lepas beraya di hospital dan tahun ni dapat raya yang normal, I would give anything to go back in time and raya with abah. Yang pasti, raya takkan sama lagi tapi harap nya yang akan datang, lebih baik lagi.

Apapun, syukur pada Allah S.W.T., dapat mengharungi satu lagi Ramadhan dan harapnya Syawal juga dan bulan yang seterusnya. Qaeds minta ampun dan maaf kalau ada salah silap tulis ayat pedas dalam blog ni dan harap semua nya selamat pulang ke kampung dan beraya.

BACA  Bayu laut Tanjung Harapan

*CUE* lagu Allahyarham Datuk Sudirman “…WooWoWO balik kampung!…”