
Baru-baru ni teman rapat Miss LG, Arifah dan suami request untuk diambil gambar keluarga. Katanya tak pernah lagi ada album proper gambar bersama suami dan dua hero mereka. Miss LG cadangkan untuk buat shoot di tepi pantai dan kami ke Pantai Kelanang untuk quick portrait session sambil berpiknik.
Arifah ni antara teman rapat Miss LG sejak dari universiti. Sekarang ni dia uruskan perniagaan fesyen wanita jenama Nusra Asia miliknya sendiri. Checkout Instagram Nusra Asia untuk produk shawl dan dress rekaan Arifah sendiri.
Untuk sesi ni, Miss LG organize kan dari theme pakaian, look book dan set up. Dan juga jadi assistant baby sitter juga sekali sekala. Shoot macam ni memang kena ada creative editor yang set kan direction shoot. Banyak memudahkan kerja Qaeds, hanya perlu tekan shutter camera.
Kami luangkan dalam 1 jam sahaja shooting time. Sebab matahari pun dah hampir meninggi. Arifah cadangkan sesi ni diwaktu pagi, supaya 2 hero kecil nya masih bertenaga dan belum mula meragam. Qaeds dan Miss LG ok saja, sebab bila ada si kecil untuk sesi fotografi, memang kena ikut waktu dia orang. Kalau nak ikut waktu kita, silap gaya apa gambar pun tak dapat.
Qaeds kongsi kan sedikit gambar-gambar hasil sesi fotografi di Pantai Kelanang yang cantik ni.

In a way, sesi photoshoot ni pun macam interview juga untuk Qaeds. Untuk Nusra Asia pula nanti kata Arifah kalau dia puas hati dengan result.