Butterworth Penang snap shots

Penang Butterworth

Haritu ada peluang dapat ke Penang untuk hal kerja. Walaupun bekerja, tapi dapat juga release tension sikit. Dah lama tak tengok jambatan, feri dan nasi kandar.

Dulu masa arwah abah masih berkerja, dapat juga ikut dia ke Pulau melawat site office. Abah memang suka makan nasi kandar, memang dapat merasa macam-macam makanan kalau ikut dia. Favorite kami nasi dhal di Bayan Baru. Sepertimana kebiasaan makanan sedap di Penang, mestilah kena beratur sikit baru dapat makan.

Kali ni datang dengan bas, turun di Butterworth. Sampai memang ngam perut dah menyanyikan senandung keroncong. Terminal bas Butterworth ni nampak macam tiada apa pun, sekadar terminal bas saja.

Masa datang sebelum ni rakan sekerja pernah bawa makan Nasi Kandar Jalil bawah rumah pangsa tak jauh dari Pejabat Pos Butterworth. Menapaklah sikit dari terminal sebab nampak macam kedai tu je yang paling dekat.

Macam banyak cerita yang Qaeds dengar sebelum ni, di Penang ni makanan sedap biasa nya boleh jumpa di rumah pangsa. Dan memang tak menghampakan, walaupun tak dapat pergi ke nama-nama famous nasi kandar, Nasi Kandar Jalil ni pun dah cukup syarat sampai ke Penang.

Yang menghampakan, dan masih tak banyak berubah, notorious Penang drivers. Well Penangites do as well damn Penangites wish to do. Asyik bagi heart attack je.

Butterworth Penang

Nasi Kandar Jalil

Masjid Kg. Bagan Dalam

Butterworth Penang

Butterworth Penang

BACA  Jonker Walk malam hari