
Nak ambil gambar portrait ni terletak duduk pose ni memang lah mencabar bagi Qaeds. Dengan nak cari background, meter exposure dan compose, tambah nak minta pose lagi, dah bertahun pegang kamera pun masih tergagap lagi. Nasib ada Miss LG yang sabar melayan.
Baru-baru ni kami ke KLIA hantar mak Miss LG nak terbang ke luar negara. Qaeds dari dulu teringin nak ambil gambar di airport. Tapi kata orang kena hati-hati. Kalau kena spot dengan guard, memang kena sound. Lagi-lagi pulak kalau kena dengan tentera bersenjata yang mengawal. Jangan kena tuduh terrorist tengah buat recon sudah.
Kami keluar dari bangunan terminal berlepas, ke tepi jalan tempat orang turunkan penumpang. Lagipun cahaya dalam bangunan terminal sangat lah tak flattering dan memang jahanam White Balance setting dengan skin tone. Walaupun bahagian tepi bangunan ada tingkap besar tapi cuaca mendung jadi artificial light lagi overpowering.
Dengan hujan renyai yang mula turun, Miss LG pun pose lah sekadar yang patut di tepi bangunan. “I pakai baju pajama tidur je ni. Pakai pegi pasar je ni”. Qaeds kata “Takpe. Nak test-test je”.
Biasanya, walaupun dengan cuaca mendung dan dibawah shaded area ni, Qaeds boleh lagi proses gambar dan dapatkan tone warna yang elok. Dan seperti selalu kalau kami bergambar waktu tengahari, di bawah tempat teduh, memang hasilnya dah boleh dijangka. Cuma gambar dengan lighting macam ni, contrast nya kurang sedikit. Light yang flat, tanpa bayang-bayang masih lagi cantik tapi kurang ummph.
Then tiba-tiba matahari pun menjengah keluar di sebalik awan dan spot cahayanya jatuh tak jauh dari spot asal kami bergambar. Qaeds minta Miss LG beralih tempat dan menghadap ke cahaya matahari petang yang Qaeds rasakan memang tak kekal lama. Qaeds meter betul-betul scene dan cepat-cepat snap beberapa pose. Takut matahari akan menyorok lagi.

Tak sampai 5 minit, matahari pun kembali bersembunyi di balik awan dan hujan gerimis turun lagi. “Cukup tak shoot?”, tanya Miss LG. “Cukup lah” balas Qaeds. Qaeds puas hati dapat light yang beri lebih contrast punch pada warna yang ada.
Selepas rombongan dah check-in di gate, kami balik. Siapa tahu di Sepang ada masjid yang cantik lagi indah dan pekan Dengkil ada Nasi Ayam Penyet yang power? Akan di blog lagi nanti. Tungguuuuuuu!