Portrait Miss LG di Jambatan Kota Lama

jambatan kota lama

Kekeringan idea memang perkara biasa, lagi pula orang macam Qaeds ni yang bab kreativiti memang kurang sikit. Hal nak pilih lokasi nak ambil portrait Miss LG pun boleh bergaduh sebab tak tahu ke mana nak pergi. Tapi sebuah jambatan terletak di bandar di Barat negeri Selangor memang menarik perhatian Qaeds untuk pergi melawat sendiri.

Asalnya ternampak dalam ruang Discover app Instagram, gambar selebriti fesyen Wak Doyok diambil di Jambatan Kota Lama yang terletak di Bandar Diraja Klang. Dalam gambar memang nampak sangat rustic lokasi ni dan tunjuk pada Miss LG, terus dia minta nak ambil portrait di sini.

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok) on

Kami pandu pusing-pusing keliling dulu sebelum jumpa jambatan ni berhampiran Pasar Jawa. Masa di belah Masjid Jamek India Muslim Tengku Kelana, banyak lagi pemandangan cantik kedai-kedai kain dan perhiasan India. Berwarna-warni dan meriah.

Sampai di Pasar Jawa nasib baik ada ruang parking betul-betul sebelah jambatan.

Jambatan ni rupanya memang digunakan oleh pejalan kaki dan motosikal untuk menyeberang Sungai Klang. Tapi tak lah sibuk sangat lalu-lintas. Boleh la nak bergambar tengah jambatan.

Miss LG Jambatan Kota Lama

Ruangannya tak besar sangat, lebih kurang selebar satu lorong jalan. Jalan nya pun bukan diturap tar, guna batu-bata.

Miss LG Jambatan Kota Lama
Masa trafik kurang sibuk boleh la pose tengah jalan. Tapi pandang-pandang belakang selalu lah

Miss LG Jambatan Kota Lama
Walaupun panas, Miss LG gigih pose dengan jaket. Rasa sesuai dengan feel jambatan ni.

Dari jambatan, Qaeds nampak cantik berkubah kuning menyala. Memang selalu dah nampak masjid tepi sungai ni kalau melintas bandar Klang ke Bukit Tinggi. Masjid Bandar Diraja Klang ni betul-betul letaknya di tepi Sungai Klang. Dan sangat dekat dengan Pasar Jawa. Lain kali kena datang lagi untuk tengok bahagian dalam pula.

BACA  Merayau Galeri Petronas

Masjid Bandar Diraja Klang

Qaeds suka binaan Jambatan Kota Lama ni yang nampak lama, rustic, sesuai dengan namanya. Terasa macam jambatan ni sebahagian dari kota yang dah hilang ditelan masa. Kalau perhati keliling, dah tiada bangunan yang nampak sezaman dengan jambatan ni. Dan memang kena sangatlah dengan taste Miss LG.

Jambatan Kota Lama

Kami luang masa dalam 30 minit saja di sini. Matahari pun dah nak meninggi sangat jadi light tak directional dan sangat harsh. Tapi nasib baik shoot RAW jadi no problem. Semua gambar Qaeds proses dengan Adobe Lightroom 3 yang masih support RAW file kamera Canon EOS 5D.

Gambar-gambar resolusi penuh ada di Flickr Qaeds. Siapa nak guna, silakan tapi jangan lupa kredit balik ya. Panduan nak kredit boleh baca di sini.