Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya

masjid besi masjid tuanku mizan

Jalan-jalan masjid kali ni membawa Qaeds ke sebuah masjid tersohor di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Nama timangan nya yang unik kerana unsur bahan binaan yang digunakan ternyata berbeza dan membuatkan ia nya unik di antara masjid-masjid yang ada. Masjid Besi atau nama rasminya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akhirnya dapat Qaeds lawati untuk di ambil gambar semasa cuti umum baru-baru ni.

Dah beberapa kali Qaeds datang ke sini, tapi tak pernah bawa kamera dan tak pernah pay attention sangat dengan senibina nya. Abah dan mak dulu pernah kemari mereka berdua saja, dating-dating tapi Qaeds tak pernah nak ikut. Beberapa kali datang sebelum ni pun sebab hantar Miss LG untuk hadiri upacara akad nikah.

Masjid Besi ni memang sangat moden seni binanya. Dari luar pun nampak bukan macam masjid yang biasa Qaeds tengok. Dah nak macam spaceship pun ada, letak di tepi tasik sedia untuk berlepas. Dengan menggunakan banyak bahan binaan besi, memang masjid ni terasa sangat-sangat moden. Tak tahu nak cakap macam mana lagi dah.

A post shared by @bee_cappy on

Terima kasih @bee_cappy beri kebenaran untuk guna gambar masjid ni yang sangat cantik.

Masjid Tuanku Mizan
Ini ruang wuduk nya. Ada 3 ruangan macam ni.

Masa sampai ni belum masuk Zohor lagi, jadi orang pun tak ramai. Dapat lah Qaeds ambil gambar bangunan tanpa ramai sangat orang. Macam deserted gitu.

Masjid Tuanku Mizan
Besi, besi dan besi.

Sesuai sangat dengan nama gelarannya, bahan besi memang digunakan sebanyak-banyak nya di seluruh masjid. Tu sebab dia ada modern feel. Rasa macam di muzium seni yang high class. Walaupun Qaeds tak pernah pergi mana-mana muzium seni yang high class. Tapi itu lah perasaannya.

BACA  Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Masjid Tuanku Mizan
Besi lagi

Kebiasaannya, bila melawat tempat yang seni binanya yang cantik, Qaeds akan tertarik pada pintu gerbangnya. Masjid Besi ni memiliki antara pintu gerbang yang tercantik Qaeds pernah lihat. Dari kejauhan terasa macam gateway yang misteri, akan bawa siapa saja yang melaluinya ke alam lain. Bukan alam Barzakh ye. Macam Twilight Zone je. Tau rancangan Twilight Zone?

Masjid Tuanku Mizan

Masjid Tuanku Mizan
Selari dengan Istana Kehakiman di hujung sana

Masjid Tuanku Mizan
My favorite part of the mosque

Masjid Tuanku Mizan
Gerbang dengan Asmaul Husna di sepanjang laluan

Disebabkan Qaeds hanya tahu masuk ke masjid ni ikut satu jalan, so terus sampai ke bahagian tengah masjid, di depan pintu masuk di courtyard yang ada air pancur. Di masjid ni satu je Qaeds selalu keliru, time nak kena buka dan pakai selipar. Kejap lalu boleh pakai selipar, kejap nanti dah kena buka. Jadi memang leceh pakai kasut, pakai selipar Jepun senang kalau nak bergerak dari satu bahagian ke satu bahagian masjid. Qaeds kadang tapau je selipar buruk-buruk yang ada. Tapi nanti hantar balik semula ke tempatnya.

Masjid Tuanku Mizan
Jangan sampai tertonggeng ke dalam kolam ye dik

Di ruangan solat utama, kubah besar dengan kalimah Allah yang besar menghiasi tengah masjid. Qaeds rasa senang-senang je besar kubah ni dari Masjid Wilayah. Tapi kata orang, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, kubah nya yang terbesar di dunia.

Masjid Tuanku Mizan
Allah besar nya

Masjid Tuanku Mizan
Kecil terasa di rumah Allah yang besar

Seperkara lagi yang Qaeds suka dengan masjid ni, kalau berdiri di sebelah kanan bahagian courtyard, akan nampak pemandangan cantik dengan 3 landmark utama Putrajaya. Masjid Putrajaya, Monumen Alaf Baru dan Jambatan Lebuh Wawasan elok tersusun dari sudut ni dan cantik dalam satu gambar.

Putrajaya

Masjid Putrajaya

Masa nak balik, kami pusing-pusing di roundabout Masjid Putrajaya. Qaeds tengok ramai sangat orang melawat. Dari seberang roundabout Qaeds berhenti dan snap satu gambar masjid. Lain kali cari masa singgah untuk ambil gambar.

BACA  Portrait Miss LG di Jambatan Kota Lama

Masjid Putrajaya

Putrajaya

Jabatan Perdana Menteri

Sempat singgah ke Astaka Morroco sekejap. Qaeds memang hanya dengar saja orang cerita pasal tempat ni dan baru ni Qaeds datang tengok. Memang cantik tapi dah derelict sikit, nampak retak sana sini dan kurang terjaga. Abah dulu masa kerja jaga site Putrajaya ni dah bawa mak dulu datang tengok. Qaeds juga yang melepas.

Astaka Morocco

Macam biasa, galeri penuh ada di Flickr Qaeds. Nak pakai untuk stock, sila kan. Minta kredit balik saja, tak perlu bayar 🙂