Kak Bibah Kafeteria Slim River

Kafe Kak Bibah Slim River

Nak cari kedai makan boleh lepak selesa di pekan kecil memang tak mudah. Tapi Slim River ada Kak Bibah Kafeteria, kafe comel dan menu makanan yang sedap dan ruang duduk yang cozy.

Kak Bibah Kafeteria ni memang lain dari kedai-kedai makan yang biasa kita boleh jumpa di pekan/bandar kecil. Dengan signboard dan logo bisnes yang professional memang kedai ni menonjol dari kesemua kedai yang ada.

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-8
It stood out but still blends in

Letak nya kafe ni di deret kedai jalan utama, tak jauh dari bahagian pekan lama Slim River. Bertentangan dengan Maybank, memang tak susah pun nak cari. Parking ada di depan kedai tapi kalau waktu hari kerja, akan penuh dengan orang berurusan di bank.

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-6
Kemas dan easy on the eye deko nya

Ruang makan kedai ni tak lah besar sangat, tapi ada banyak meja, at least 30-40 orang boleh duduk. Ada air cond lagi. So boleh lepak makan selesa.

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-7
Locals chillaxing makan waffle

Susun atur dalam kedai nya sangat kemas dan teratur dan juga bersih. Mungkin sebab pemilik kafe ni seorang bekas tentera kut, kalau tengok pada gambar-gambar veteran tentera berhampiran kaunter.

Untuk sebuah kafe di pekan kecil, menu makanan Kak Bibah boleh kata best juga. Ada English breakfast, macam-macam jenis mee (Soto dan Laksa Johor) dan masakan goreng-goreng. The best part of this, dari masa Qaeds sampai dengan Miss LG, tanya apa boleh order dalam menu, semua ada boleh di order.

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-3

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-5

Qaeds dan Miss LG order yang berat sebab dah waktu lunch. Kami order Nasi Goreng Jepun Daging (RM8) dan Nasi Ayam Penyet (RM6).
shadesofqaeds_slimriver_nov_16-16

Nasi Goreng Jepun ni yang menjadi kan Jepun, dua ketul tauhu telur goreng. Lain-lainnya sama lebih kurang nasi goreng daging merah.

BACA  Pau Pak Ngah
shadesofqaeds_slimriver_nov_16-12
Tukar dengan nasi ayam punya nasi tambah RM1

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-14
Miss LG sangat suka dengan garnish atas nasi. Sangat teliti plating

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-13
A piring of fire ball

Untuk minuman, Qaeds order Dragon Fruit juice dan Miss LG, Cham Ais. Kata Miss LG, Cham kafe ni sangat sedap. Qaeds baru tau yang Cham ni kopi susu dengan teh rupanya.

Is the food here the best? Not really, tapi kafe ni bagus dalam banyak aspek so datang makan kat sini memang tak rugi. Kalau lalu di Slim River, boleh la cuba ye. Breakfast di Kak Bibah Kafeteria, lepas tu lunch di Nasi Bamboo Sg. Klah.

shadesofqaeds_slimriver_nov_16-4

Fakta menarik Slim River

7 Januari 1942, Slim River menjadi tapak pertempuran hebat tentera Punjabi British dengan rejimen infantri dan satu kompeni kereta kebal Imperial Army Jepun. Dikenali sebagai Battle of Slim River, British tewas dengan taktik daring Mejar Toyosaku Shimada, menyerang dengan kereta kebal mendahului infantri, di atas jalan raya pada waktu tengah malam. Taktik yang tidak konvensional, tapi tetap mendapat pujian dari tentera British yang tewas tapi terselamat (Slim River, Wikipedia).

Rujukan:
Slim River. (2016, September 1). In Wikipedia, The Free Encyclopedia. Retrieved 13:22, September 1, 2016, from https://en.wikipedia.org/w/index.php?title=Slim_River&oldid=737225729

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *