Goodbye 2016, goodbye abah & hello Trump

Babah

2016 hampir melabuhkan tirai. Seperti tahun-tahun sebelum nya, sama saja. Macam-macam berlaku, macam-macam jadi tapi kita teruskan saja melangkah ke tahun baru. Bukan ada pilihan pun kan. Tapi kalau Qaeds diberi pilihan, nak ulang balik ke 2015 dan stay di situ saja.

Macam biasa, Qaeds tak pay attention sangat pada isu semasa. Pergi balik kerja, keluar gelap, balik pun gelap. Kamera pun tak disentuh berbulan-bulan. Blog platform ni pun dah dibuat, tapi masih sekadar rangka design saja, tiada content. Baca akhbar, memang dah tak langsung. Tengok berita pun lagilah tidak.

Dalam Facebook, hanya follow dua page Say No to MLM dan Pseudoscience Watch. Perhatikan gelagat orang kita berusaha cari duit dan nak baiki kehidupan dengan menjaja MLM/money game dan produk sains palsu. Tak tahu pula hangat di Malaysia ni orang suka main money game dan guna pakai produk pseudoscience ni. Tak pelik juga, Qaeds masa student dulu ada la juga terjebak sekali dengan money game dan beli produk entah apa-apa ni. Ada la juga sekali test tampal kad jimat petrol pada penutup fuel tank. Bongoks.

Lelaki “You’re fired!” jadi Presiden US of A

via GIPHY

Rasanya, dalam banyak-banyak isu luar negara, kisah orang tua yang famous dengan ungkapan “You’re fired!” yakni Encik Donald Trump ni jadi president-elect mungkin antara yang terhangat dibahaskan/dibahankan (take your pick).

Ramai mula nampak ambil tahu perkembangan pengundian siapa bakal jadi ayahanda Amerika (pemerhatian hanya di FB sahaja. Di kedai kopi kampung tak tau sebab dah lama tak balik kampung. Balik pun tak pegi kedai kopi. Kopi nenek buat di rumah lagi sedap).

Qaeds pun hanya sedar tahu mamat ni bertanding bila tengok muka depan majalah Times cover story lebih kurang bulan Mac-April yang Trump memang nampak pasti akan jadi calon parti Republikan, menewaskan gila berapa orang calon lagi dari pelbagai background.

Copyright Time Magazine. From News Talk – TIME magazine cover gives the US election to Donald Trump
garyvarvel.com. From heavy.com Second Republican Primary Presidential Debate 2015: All the Memes You Need to See

Masa ni baru Qaeds start ikut sikit-sikit, tapi tak ikut mainstream news outlet. Gila dry topik yang dipusing kalau cerita nak jadi calon presiden (masa ni kisah baru nak jadi calon parti je, waktu primaries) sebab bukan faham pun diorang punya isu domestik.

Nak mudahkan mengikuti proses pemilihan ni dari primaries sampai ke hari pengundian, Qaeds tengok ulasan Trevor Noah dalam The Daily Show.

Trevor ni comedian favorite Qaeds, selepas Russel Peters. Russel ni kuat sangat mencarut dan melucah dan bercakap laju sangat. Trevor pula lebih gentleman, pronunciation pun sangat clear dan jelas dan yang penting, dia punya topik kelakar selalu mengikuti isu semasa (politik, sosioekonomi, sukan) negara kelahirannya Afrika Selatan. Jadi bila dia dipilih jadi pengacara baru The Daily Show, lebih mudah pada Qaeds nak ikuti development stories siapa yang bakal bertanding. Lebih banyak nya kelakar je Trevor ni, tapi banyak membantu memahami siapa calon-calon ayahanda atau bonda (tidak dilupakan Puan Hillary Clinton) Amerika.

BACA  Wedding portraits

Masa student strategic communication dulu, Qaeds pilih untuk study pentadbiran Obama, khususnya dari aspek public diplomacy sebagai fokus tesis. Dalam tempoh 2009-2011, Qaeds ikuti update cara Judith McHale menyampaikan mesej pentadbiran Obama kepada masyarakat dunia dengan guna pelbagai outlet media, khususnya social media; Facebook, Twitter dan YouTube.

Duta US ke Malaysia waktu tu Paul W. Jones pun aktif dengan sosial media, berkomunikasi secara terus dengan Twitter. Ni semua pun ikut contoh Obama juga, dia pun aktif bertwitter.

Presiden akan datang ni pun aktif juga di media sosial terutamanya Twitter. Tapi jenis keyboard tercirit juga Trump ni. Kata orang mainan politik dia tapi entah la. Yang pasti Americans (left winger) dah ramai berdengung dengan masa depan yang nampak tak nampak je. Artis A-list tak nak perform masa inauguration dia pun dah cukup sign dah. 20 Januari nanti kita tengok apa rupa The Mormon Tabernacle Choir perform untuk tetamu incek Presiden Trump. Itu pun kalau ada FB live event lah dari page White House et al.

Tapi lepas habis study, memang tak ambil port dah. Kerja harian pun tak kena mengena nak ambil pusing hal-hal macam ni. Struggle hidup sehari-hari saja.
Tapi dengan Trump jadi presiden ni, nampak menarik kalau nak ikuti semula hal-hal US ni. Harap-harap, akan ada ruang untuk Malaysia perbaiki kedudukan ekonomi dan juga tukaran matawang. Tak dapek den nak shopping di eBay dan Amazon dengan USD1=MYR4.76 (ikut Amazon punya rate 29/12/2016, termasuk segala fee dan charges). Mungkin kalau betul Trump buat polisi dia cut outsource bilangan pekerjaan ke China, Malaysia ada peluang nak perbaiki posisi ekonomi, recover balik position yang dah hilang sejak USD1=MYR2.9 (May 2013). Menyesal tak beli Goruck GR1 time ni. Cis….

USDMYR30dec2016
Shopping? Forget it.
In our memory forever, Kapten (B) Shamsuddin bin Abdul Majid

Sejak April, abah mula demam dan semput. Kejap kebah demam, tak lama demam balik. Sebulan lebih macam tu di rumah, tak mahu ke hospital. Hanya nak minum 100 plus dan makan kari kambing mamak. Sempat ke NSK Kucai Lama beli barang dapur sekali dan lepak di mamak walaupun sakit-sakit.

BACA  Walt Disney Bantam Books Childhood stories

12 Mei, abah minta bawa lah dia ke hospital, dah tak tahan sangat. Bermula di outpatient, end up di red zone kecemasan Hospital Kuala Lumpur dan bermula lah roller coaster ride kami berdua. 13 Mei, abah masuk ICU, knocked out ditidurkan sebab kena masuk tiub bantuan pernafasan.

Babah
Ghastly sight that no one wishes to see but we all go thru it

Satu bulan dalam ICU, satu bulan dalam wad biasa. HKL dah jadi rumah kedua. Tiap hari minta keluar opis awal dan weekend memang lepak di hospital. Ramadhan yang paling mencabar, so far.

Babah
Waking up for the third time in ICU, speaking English all the way

Masa dah masuk normal wad, abah nak makan tau foo far dan minum air buah. Itu saja selera dia. Haus tekak Qaeds lega dapat minumkan dia fresh orange. Kenyang perut Qaeds tengok dia makan tau foo far banyak.

Tiap hari dia mahu dimandikan, dibedak dan pakai deodorant. “Bagi abah wangi, malu kat nurse kalau bah bau masam,” katanya senyum.

Babah
Dah wangi baru mood dia baik. Joker.

Bermacam komplikasi dari ICU hingga ke wad biasa – paru-paru, jantung, buah pinggang, infection kuman yang tak diketahui jenisnya, blood clot, pendarahan dalam usus. 1 kali scoping dalam ICU, 2 kali masuk dewan bedah, tiap kali 0 chance untuk recover. But he came back to me every single time. Smiling, mellowed by anesthetic.

Babah
Real drama and I’m in it

Aidilfitri datang, dapat Qaeds dan mak beraya dengan abah. Dia chillax saja macam biasa, tunggu kehadiran kami berdua. Hanya sekali dia minta nak makan rendang dari kakak dia. Nampak macam dah boleh balik rumah.

8 Julai, doktor cakap otak sebelah kanan abah dah tak function. Darah beku dah sampai ke situ dan stop aliran darah. Risiko stroke bila-bila masa.

9 Julai, subuh pagi nurse telefon bagi tau abah dah kena stroke sebelah kiri badan. Qaeds sampai, tengok dia dah tak boleh bercakap. Kami terima saja ketentuan. Seems he might not make it this time around.

11 Julai, hanya Qaeds, mak, Miss LG dan mak dia ada di sisi abah. Siap baca Yassin, Qaeds minta izin mak nak balik rehat sebab dah penat. Kami semua balik malam tu.

12 Julai, jam 4 pagi doktor telefon minta datang. Qaeds bangun dan bersiap rush ke KL, telefon mak untuk standby dan bersiap. In retrospect, malam tu memang dapat tidur nyenyak lain macam tak seperti malam-malam sebelum. The time has come.

3.45 pagi, abah pergi. Semua urusan memandikan dan mengkapankan siap dalam 2 jam. Terima kasih Abang Boy dan Cu Halim sebab dapat datang awal pagi menyiapkan abah. Terima kasih HKL, terutamanya kakitangan ICU dan wad 18B, especially a few nurses yang memang favorite abah. Hanya Allah yang dapat membalas budi anda semua.

BACA  Wedding portraits 4

Terima kasih Miss LG, hadir sebanyak yang termampu. You were there more than anyone else my dear. Terima kasih mak, kerana terima sebanyak usaha yang Qaeds termampu.

Babah
You were his only one favorite

Among his final wishes that we were aware of, bila dia pergi nanti, dia nak tidur dekat dengan bapa saudara nya. Abah kata dia nak tinggal di Kundang nanti. Thanks tok Awang, for reminding me of this. It made his passing a better circumstances for us all.

So we did what he wished for. Syukur ahli kariah di Masjid Nurul Yaqin, sedia menerima kami dan menguruskan semuanya. Perjalanan lancar dari HKL hingga ke masjid, no traffic light, no traffic jam, terus ikut jalan Mahameru-NKVE-Latar-Kampung Melayu, Kundang, Sg. Buloh. Abah sampai dulu sebelum kami. That’s how easy it was.

Masjid Nurul Yaqin
Exceptionally forgiving weather, that morning

Ramai juga sempat menziarahi abah untuk kali terakhir. Tapi masih ramai lagi yang tak sempat. Ampun nenek, maafkan cucu nenek ni, Qaeds tak boleh nak tahan perjalanan abah dah. Terima kasih Ijat dan Abang Boy sebab turun sama ke dalam liang dan baringkan abah. I hope I will be able to return both your favors when the time comes.

Kundang
Place with a view. Pandai abah pilih.


And he sure knows to pick his final resting spot.

Hello 2017

Qaeds hanya ingat 2 bulan saja dalam tahun 2016. Selebihnya blur. Shades of Qaeds pun mula ada tulisan hanya selepas sambutan merdeka. Sebelum dan selepas Mei-Julai, hanya blur. Lebih blur dari tahun-tahun sebelumnya.

In about a week, Qaeds akan laksanakan wish abah yang satu lagi. With much regret, how we both will be missing, very-very much, your presence on our big day. Edy akan mulakan tahun baru ni memegang amanah, amanah yang abah nak Edy pegang sebelum abah pergi. We sincerely hope, you could be there, be it in spirit.

Not once you ever wish for me to be any other person, than just being the person I am capable of being. For the trust, love and the roller coaster rides, I thank you.

Kapten (B) Shamsuddin bin Abdul Majid – funny, tough loving, simple citizen, soldier, brother, husband, friend, father, capable of whipping mean hainanese chicken rice at will, accomplished snooker player and God fearing man when he knows he should.

To the man whom taught me every road in KL he knows. And then some.

Babah

Al-Fatihah for abah. And the Americans.