The Country Western by Chef Raff Bandar Pusat Jengka

Siapa sangka di Bandar Pusat Jengka ada restoran Western menarik macam The Country Western by Chef Raff ni. Ada pelbagai menu Western dan Timur, deko kedai juga sangat menarik dan selesa.

Qaeds jumpa restoran ni masa Melintas-lintas Sungai Pahang, trip 48 jam ke Maran, Triang, Bandar Pusat Jengka dan Jerantut. Hari pertama, tidur di Hotel Issoria dan masa merayau menapak di bandar cari makanan, terjumpa restoran Country Western ni.

Sebab Qaeds gemar chicken chop, so trylah order satu. Nak banding dengan chicken chop di Medan Selera Ampang Putra, Taman Nirwana, yang setakat ni memang benchmark lah bagi Qaeds untuk chicken chop Western orang Melayu buat.

The Country Western
Deko kemas, lighting best. Ambience memang nice.

Customer masa tu boleh tahan juga ramai, hampir semua meja ada orang. Set up meja nya ada yang untuk berempat, dan untuk family besar pun ada. Service pun boleh tahan, hostess sabar melayan Qaeds saja buat pening nak order walaupun dah tahu memang nak makan chicken chop.

The Country Western
Rasa macam showroom Ikea pun ada. Kemas.

Menu nya ada macam-macam, bukan setakat Western saja, goreng-goreng pun ada. Harga makanan range dari RM6 ke RM20 seorang.

Pesanan chicken chop sampai dalam 15 minit macam tu. Not bad, tak lama sangat menunggu.

The Country Western
RM16.90, not bad, but not a textbook example for Qaeds

Sejujurnya, Qaeds ni tak berapa gemar cili sos. Sejak kecil lagi kalau order burger mesti pesan “Tak nak cili sos!”. Kalau ada juga, dan biasanya melampau-lampau banyak, memang Qaeds tak makan. Tapi biasanya arwah abah paksa juga makan supaya tak membazir, so Qaeds kuis sos tu sebanyak boleh. Mengalir la air mata makan burger bersos…

BACA  Mee Wantan Kak Ngah Pak Abas

Dan chicken chop di Country Western ni mungkin dah disuaikan dengan citarasa tempatan, penuh disirami sos cili. Puas lah Qaeds kikis slow-slow sebab sayang ada sos cheese dan sos black pepper. Dalam side dish roti nya pun penuh sos. Qaeds makan juga habiskan ayam tak nak bazir, tapi tak berapa puas lah rasa. Balik ke hotel, beli ayam gunting pula.

Lepas tu tengok orang lain order pasta, nampak sedap pula pasta nya. Haih, lain kali datang kena order yang confirm takde sos punya. Tapi apa pun, the Country Western is still a good finding in Bandar Pusat Jengka.

2 thoughts on “The Country Western by Chef Raff Bandar Pusat Jengka

Comments are closed.