
Throwback post ini terlewat tiga tahun sebab belum ada blog lagi. Tapi nak share gambar-gambar yang terperuk dalam hard disk dan Flickr album. Enjoy!
Diberi peluang bekerja ke negeri Sarawak untuk dua minggu memang pengalaman tak dapat dilupakan. Pertama kali menjejak kaki ke bumi Borneo pasti istimewa untuk sesiapa sahaja. Tak sabar nak kembali ke sini dan ambil gambar lagi.
Kerana pergi atas urusan kerja, dan masa ni pun masih sengal photography, so Qaeds tak bawa kamera. Yang ada di tangan untuk rakam kenangan perjalanan hanyalah iPhone 4s yang dah lunyai. Jadilah, dari tiada langsung. Dapat juga ambil gambar sweeping pano dan makanan.
First time terbang dengan MAS, pengalaman yang best. Layanan memang bagus. Pengalaman sebelum ni pun hanya terbang dengan Firefly jadi tak dapat nak compare sangat. Bersyukur ada orang layan baik sebab nervous sangat untuk flight satu jam lebih menyeberang Laut Cina Selatan.

Untuk uruskan logistik, Qaeds guna sepenuhnya Agoda, Google Map dan portal Skyscanner untuk book flight dengan MAS.
Ada apa dengan Sibu?
Disebabkan seumur hidup tak pernah keluar negara, sampai di Sibu dan berjalan di bandar pertama kali buat Qaeds rasa, lain. Cuaca, bahasa dan masa waktu beredar tak sama. Walaupun hanya seberang Laut Cina Selatan, dah rasa macam di negara lain. Dan pastinya untuk setiap pengembara, Sibu ada tarikannya tersendiri.
The Orchid Hotel, Sibu

Sepanjang di Sibu, Qaeds duduk di hotel two-star ni selama dua minggu. Bilik nya kemas, bersih dan petugas nya pun mesra. Rate nya pun berpatutan.
Ronda-ronda menapak bandar Sibu
Bandar Sibu ni letaknya di tepi Sungai Rajang. Jadi nadi pergerakan orang tempatan yang tinggal di ulu sungai macam Song dan Kapit, ialah menggunakan feri. Kedudukan central market dan pasar memang betul-betul berdepan dengan jeti. At least masa Qaeds di sini bulan November, panas tengahari nya tak perit pun. Dan sentiasa berangin. Untuk tengok keseluruhan bahagian utama bandar, Qaeds jalan kaki saja.


Makan, makan dan makan

Kalau untuk seluruh Sarawak ada Laksa Sarawak dan Kuching dengan Mee Kolok nya, Sibu pula ada Kampua. Ada satu kedai di kawasan Jalan Then Kung Suk yang Kampua nya memang best. Kampua ni rasa nya macam Indo Mee goreng. Qaeds memang hantu mee, gila makan Kampua hari-hari. Minta teman sekerja bawa Qaeds pergi makan Kampua tiap hari sampai dia naik jemu.



Restoran Fisherman, Sibu

Kalau nak makan makanan laut dengan masakan terbaik Sibu, boleh ke Fisherman di tepi Sungai Rajang berhampiran Tua Pek Kong temple. Fisherman ni specialty nya makanan laut walaupun kedainya jauh dari laut. Pernah masuk JJCM juga Fisherman ni. Datang Sibu, mesti cuba makan di Fisherman.

Central Market, Sibu

Di sini tempat orang jual barang segar dan ada juga food court. Gerai makanan Islam ada ditandakan dengan jelas untuk mudahkan pelanggan cari makanan halal. Tapi tak susah pun nak jumpa makanan di Sibu ni. Kalau kena gaya, harganya pun tak mahal.


Nasi Lalapan (Ayam Penyet)

Di Sibu ada je orang meniaga ayam penyet jadi tak la susah sangat tekak nak telan makanan tempatan (Qaeds telan je semua). Nama nasi lalapan ni kalau makan di Miri. Saja tukar identiti kut.


Sugarbun

Sugarbun ni, pada pendapat Qaeds, restoran fast food paling best. Makanan nya simple, dan rasa fresh juga. Sugarbun ni setakat ni hanya jumpa di Sarawak. Bersepah ada di seluruh Sarawak. Kalau dah tak jumpa sangat kedai makan, cari la Sugarbun, insya-Allah tak hampa.
Makanan tengahari Melanau dan Umai, Mukah

Waktu day trip ke Mukah, teman sekerja bawa makan di Medan Selera Jalan Pasar tepi sungai untuk makan tengahari hidangan orang Melanau.

Masakan Melanau semua nampak sihat-sihat. Ikan dibakar, gulainya nya tak pekat dan overall tak masin sangat. Tapi antara semua lauk, yang favorite Qaeds ialah Umai dan buah Engkalak.
Umai dibuat dengan ikan empirang yang dihiris halus dan dihidang mentah dengan bawang, cili dan limau ni dibuat segar di pasar tak jauh dari medan selera. Sorry Fisherman, Umai you tak boleh lawan Mukah punya yang original.


Tun Jugah Mall, Kuching
Waktu baru mendarat dengan feri dari Sibu, sampai di bandar Kuching area Waterfront, perut lapar selepas 4 jam lebih perjalanan. Cari kedai mamak memang tak jumpa lah. Jumpa McDonald’s depan tugu Kuching tapi rasa tak lalu pula. Round punya round, jumpa Tun Jugah Mall di depan Sarawak Plaza. Mall mesti ada food court kan? Dapatlah makan butter chicken rice yang sangat sedap di sini.

Sibu Heritage Centre
Antara tempat menarik boleh dilawati di Sibu ialah Sibu Heritage Centre. Muzium yang terletak di bangunan bekas pejabat daerah ni rekaan nya memang cantik dan unik serta menempatkan pelbagai khazanah sejarah negeri Sarawak.
Menyusur Sungai Rejang Sibu-Kuching-Sarikei
Untuk hujung minggu pertama di Sarawak, Qaeds rendezvous dengan teman sepejabat di Kuching dengan naik ferry service menyusuri Sungai Rajang. Qaeds dapat tengok scenery sepanjang perjalanan di atas sungai dan selepas melepasi Tanjung Manis, masuk ke Laut China Selatan untuk terus ke Kuching.




Balik dari Kuching, naik feri dan turun di Sarikei, rendezvous dengan teman kerja dari Sibu untuk ke Julau, Bintangor dan Kanowit.

Kampung Budaya Sarawak, Kuching
Penggemar natural history mesti datang ke sini. Bayangkan muzium dengan exhibit hidup. Rumah model orang asal bukan skala kecil punya. Real size, siap dengan penghuni lagi dengan demo aktiviti seharian. Memasak makanan, buat alatan muzik dan juga tarian semua ada ditunjukkan oleh semua petugas orang tempatan. Qaeds respect diorang ni semua sebab berikan pengalaman yang sangat real kepada semua pengunjung.

Pasar Pagi Serikin, Kuching
Nak ke Serikin ni, ada jalan raya elok, 80km jarak dari Kuching. Setiap hari minggu pagi ada pekan sehari, jual macam-macam barang hasil tempatan dan mungkin juga dari Indonesia (?). Qaeds tengok jenis barangan macam pakaian nya pun lain dari yang ada di Semenanjung, lebih baik kualiti dan lebih murah.
Kalau nak makan, jalan sampai hujung pasar, di simpang tiga ada kedai bakso halal. Ini bakso paling best Qaeds pernah makan. Sebelum ni tak pernah makan bakso. Lepas pekena semangkuk, balik Semenanjung asyik cari bakso. Nasib jumpa di Restoran Ayam Penyet Shazdira (Google Review), Taman Sri Sentosa.
Muzium Petroleum, Miri
Masa sampai di sini, muzium dah tutup. Hanya bergambar kenangan di depan bangunan muzium yang cantik seni binanya.
Cave exploration Gua Niah, Miri
Gua Bama dekat kampung pun tak penah pergi, tapi di Miri dapat la explore Gua Niah. Tak la exploration sangat. Sampai depan mulut gua je. Nak masuk dalam-dalam tu kena ada lampu semua dan hari pun dah lewat petang. Lampu ada pun Fenix E05 je jadi duduk di mulut gua pun jadi lah. Seram pula tu di mulut gua ada perkuburan lama orang asal.
Banyak lagi details yang dah lupa sebab dah lama dah trip ni. Nak kena revisit balik negeri burung enggang ni sebab masih banyak lagi yang tak dilihat. Satu masa nanti, ada rezeki insya Allah, Qaeds akan datang balik untuk singkap semua rahsia Sarawak yang ada dan ambil gambar dengan kamera elok sikit.
Sarawak, kamek tok rinduk kitak!