Nasi dalam buluh @ Nasi Bamboo Sg Klah

Nasi Bamboo

Siapa orang Sungkai memang best lah tiap kali balik kampung dapat makan nasi buluh ni. Bau nasi dia wangi, dibebat daun Lirik dan dikukus dalam bekas buluh. Ditemani macam-macam lauk (ada la dalam 30 jenis. Mungkin lebih) dari ikan dan daging dibakar, gulai, kerabu sayur dan ulam-ulaman.

PLUS Highway Exit 128 Sungkai

Restoran Nasi Bamboo Sg. Klah ni letaknya hanya 300 meter dari exit Sungkai (128) dari Plus Highway. Keluar tol, sampai simpang tiga, belok kanan ke arah Bidor, jalan sikit lepas jambatan dah nampak di sebelah kiri jalan. Memang takkan miss dengan signboard besar gajah dan parking lot penuh kereta. Exit Sungkai dan Jalan Duta pun tak sampai 100km jarak. Tol RM15.70. Boleh sangat weekend getaway dengan teman-teman, pool budget kalau nak makan nasi lauk tradisi Melayu puas-puas.

Nasi bamboo #nasibamboosgklah #foodblogger #foodporn #perak #tourism #malaysianfood

A photo posted by @nasibamboosgklah on

Kalau nak tengok lagi gambar nasi bamboo ni, check hashtag #nasibamboosgklah.

Nasi Bamboo Sg. Klah
Abang dan akak rider yang dah penat ride mesti lapar

Qaeds, Miss LG dan Miss SG sampai jam 11 dan ruang parking semua penuh. Bas, kereta, motor besar semua ada. Kedai mula buka jam 10.30 pagi, mungkin semua singgah datang awal untuk elak crowd.

Makan berhidang, macam dirumah
Nasi Bamboo Sg. Klah
A typical look of makan berhidang


Konsep makan kat sini, makan berhidang macam di rumah katanya. Best juga sebab biasa kita makan nasi lauk campur di kedai, makan sepinggan sendiri-sendiri. Kat sini, masing-maing layan diri sendiri, ambil talam besar dan order nasi dan lauk berasingan. Jadi boleh pilih nak banyak mana, nak ayam part mana, nak ikan apa, kecik besar semua boleh pilih. Yang penting bayar.

BACA  Pau Pak Ngah
Nasi Bamboo Sg. Klah
Macam-macam kerabu

Nasi Bamboo Sg. Klah
Macam-macam gulai

Ruang cukup besar untuk beratur ambil lauk, tapi Qaeds rasa kalau tgh pack crowd, mesti sesak juga. Sesuai lah untuk foodie yang suka rebut-rebut lauk hehehe.

Nasi Bamboo Daun Lirik

Balik sungkai mestilah pekena nasi bamboooooo! 😋 . #nasibamboo #nasibamboosgklah #foodporn #malaysianfood

A photo posted by Puan Nurfadhilah Jalaludin (@dielajalaludin) on


Qaeds ingat daun yang diguna untuk balut nasi, daun Tutor macam nasi Kebuli, tapi akak di stesen kerabu kata daun yang diguna ialah daun Lirik. Ambil di hutan katanya. Daun ni diguna untuk beri bau wangi pada nasi.

Nasi Bamboo Sg. Klah
Miss SG, dalam rumah ini ada undang-undang. Boleh ambil bau saja!
Nasi Bamboo Sg. Klah
Miss LG sebagai model tidak rasmi Nasi Bamboo
Pesta lauk-pauk melayu

Kambing salai. Ada smoke house di belakang restoran untuk salai daging. Thanks @sleepyworld for permission to embed this awesome pic!

Nasi Bamboo Sg. Klah
Ikan keli, talapia, kembung, sotong, dibakar sambal atau air asam. Rasa nak ambil semua pinggan…
Nasi Bamboo Sg. Klah
Ayam bunian ni tak tahulah kenapa sedemikan namanya. Resepi alam bunian kut…


Setiap jenis lauk dihidang ikut kaunter sendiri. Ada macam-macam kerabu, macam-macam gulai, lauk dan sambal sampingan dan yang paling utama ikan, ayam dan kambing bakar. Semua lauk ambil sendiri di setiap kaunter dan bayar terus. Harga dikira mengikut saiz dan ada ditulis jelas di setiap kaunter. Senang sikit tak overshoot budget.

Nasi Bamboo Sg. Klah
Qaeds rambang mata, kalau tak tulis harga tu memang Qaeds sauk semua jenis lauk takut lari budget. Qaeds dan Miss LG pilih yang kegemaran kami iaitu yang bakar-bakar dan bersambal. Gulai kami skip sebab dah banyak sangat jenis.

Lauk yang Qaeds ambil dan harganya:

Nasi Bamboo Sg. Klah
Hidangan santapan kami. Gambar kambing salai takda, ambil kemudian buat ratah.

Nasi Bamboo untuk 3 orang = RM9.50 (berserta ulam, telur asin, keropok dan kuah gulai)
Ikan Talapia bakar kuah Asam = RM15 (ikut saiz)
Sotong bakar sambal = RM10 (ikut saiz)
Ayam kampung goreng = RM8 (ikut saiz)
Kambing salai = RM10 (sepinggan)
Bergedel = RM2 (dua ketul)
Ulam = RM1 (seikat)
Total makanan = RM55.50 (seorang RM17.50)
Air kosong 3 gelas = RM tak sure. Miss SG bayar.

BACA  ETS KTM Train ride Slim River - KL Sentral

Just nice je hidangan macam ni untuk tiga orang. Kalau nak ikut nafsu serakah, memang nak ambil semua. Tapi apa rasa kalau campur lauk banyak sangat kan. Lain kali balik ke Sg. Klah, akan singgah lagi untuk cuba lauk lain pula.

Ruang makan dan kemudahan
Nasi Bamboo Sg. Klah
Ni jam 11 pagi. Percayalah.

Yang bagusnya tempat ni, ruang makan nya cukup besar dan luas. Banyak meja disediakan, dan ada juga ruang makan berhawa dingin. Syok tengok meja orang semua penuh makanan dan berselera membawa kemusnahan ke atas setiap talam hidangan masing-masing.

Untuk setiap meja yang dah selesai makan, dan customer dah angkat kaki, pantas staff datang dan clear semua pinggan dan talam. Jadi tak lah menunggu-nunggu meja sangat walaupun waktu ni hampir penuh dah semua seating yang ada. Yang datang pun bukan orang berdating, semua datang dengan platoon dan batalion masing-masing. Kecik besar tua muda, semua muka kelaparan tengok lauk-pauk.

Kemudahan tandas dan surau juga disediakan. Ada banyak tandas untuk lelaki dan perempuan dan kebersihan nya terjaga. Memang bagus. Jarang Qaeds jumpa restoran yang macam ni punya thoughtful, untuk keselesaan pelanggan.

Nasi Bamboo Sg. Klah
Dude with knock your socks off service attitude!


Thumbs up pada adik cashier ni yang sangat ramah, tak putus berterima kasih dan tak lekang senyum di bibir. Bila dijemput “Datang lagi bang”, dah memang terasa di hati nak datang lagi. This guy knows value of courtesy and good service!

Adala kami duduk menghadap dalam 25 minit makan. Puas hati dan perut tiga-tiga orang. Sedang elok cukup lauk kami ambil, dengan nasi sorang satu buluh, tak sengkak sangat. Ada macam-macam lauk, kira ni makan kira sekali belanja sambut Miss SG yang baru konvo bulan lepas. Lain kali kena datang lagi nak makan kombo kerabu dan gulai-gulai pula.

BACA  Mee Wantan Kak Ngah Pak Abas

Thanks @diejajalaludin for allowing me to embed your pic!