ETS KTM Train ride Slim River – KL Sentral

ETS KTM

Keretapi. Mod pengangkutan yang dah lama Qaeds tak gunakan. Dulu dengan arwah abah, selalu kami ke KL naik keretapi kelas 3 dari Kuala Lipis. Boleh je naik bas lagi cepat dan murah, tapi abah bagi anak dia rasa adventure. Dengan keretapi lah nak feeling dendang perantau, duduk seat tingkap terbuka sebab kelas 3 takde air-cond. Nak smoking, duduk di pintu tren. Living close to danger, I like.

Stesen Keretapi Slim River

Balik dari Slim River baru ni, lepas makan nasi dalam buluh, Qaeds walk-in terus ke kaunter di Stesen Keretapi Slim River. Pakcik kaunter check online je sekarang dan inform tren ETS KTM petang dari utara ada jam 5.02 petang. Beza betul time naik keretapi dengan arwah abah dulu. In fact sekarang nak book tiket ETS KTM pun boleh book online. Tiket dewasa sehala Slim River – KL Sentral harganya RM23 (Kelas Premier).

Book online KTM train tickets

KTM ETS ticket Slim River KL Sentral
Kelas premier ni yang berhenti sikit je. Yang murah sikit ada lagi rasanya tapi lambat sikit sampai.

Sementara tunggu tren, lepak makan megi goreng mamak dan cendol di sebelah FamilyMart depan stesen. Ni gambar masa dengan Miss LG balik Sg. Klah dulu.

A photo posted by Lisa Ghazali (@lisaghazali) on

Will ETS KTM be on time?

KTM Slim River ETS


Tiket bagitau suruh tunggu di stesen Platform 1, 30 min sebelum tren sampai. Masa di stesen, ada pula sekumpulan tourist dari Jepun, ditemani tourist guide orang tempatan. Qaeds harap, on time la tren, jangan buat malu dengan orang Jepun.

BACA  Kak Bibah Kafeteria Slim River
KTM Slim River ETS
A tip, tengok pada tiket koc/gerabak mana seat anda. Terus tunggu dekat tapak bertanda koc anda. Nanti tak payah ke depan belakang keretapi cari seat tak jumpa.

ETS KTM Slim River
Yes, it is. Sampai jam 5.03 lebih kurang. Syabas KTM.

Masuk tren, nasib baik seat dapat menghadap depan. Kalau yang ke belakang, pening oo.

Backpacking buddies
Backpacking buddies

Sepanjang perjalanan, cuma berhenti 3 stesen saja, Tg. Malim, Rawang dan Kepong Sentral. Tak sempat nak tidur pun. Masa di stesen Kuala Kubu Bharu, laju je tren 100km/j tak stop (kelajuan tren ada dimaklumkan pada skrin TV berhampiran pintu).

Bajrangi Bhaijaan best

A photo posted by living the dream (@bollylike) on

Di skrin tv ada pula main movie Hindustan lepas The Golden Compass dah habis. Tengok yang main Salman Khan, Karena Kapoor dan seorang pelakon kanak-kanak yang cute habis. Terus Google “salman khan mute pakistani girl”, jumpa tajuk cerita dari 2015, Bajrangi Bhaijaan. Nah, Qaeds embed terus Blue Ray version ada di YouTube. You’re welcome. Jangan lupa sedia tisu sekotak dua. Ni tear jerker punya movie.

Pakcik KTM Slim River kata perjalanan 1 jam 20 minit. Memang betul pun, 6.20 petang sampai di KL Sentral. Tak sempat habis movie, sambung balik rumah YouTube. Lepas ni nak kena cuba ETS KTM ni untuk ke destinasi lain pula. Mungkin Ipoh ke, Butterworth ke, untuk short trip. Nak check tiket dan booking pun tak runsing, ada busonlineticket.com. Nama je bus online, tapi boleh book tiket ETS KTM juga.

Dah elok cepat sampai KL, yang buat lambat nak sampai rumah, tunggu LRT penuh dan jalan jem. Haih. Yang ni memang tak tau la bila nak berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *