Makin maju Bandar Pusat Jengka

Bandar Pusat Jengka

Bandar kecil untuk peneroka Felda yang dah banyak berkembang since last time Qaeds ke sini, lebih 10 tahun sudah. Dulu ada sikit je bangunan rumah kedai, sekarang dah meriah dengan blok kedai baru dan stadium bola Felda United.

Hotel Issoria Bandar Pusat Jengka

Qaeds sampai pun dah malam ke BPJ atau nama glamour nya Bandar Tun Razak, masa trip 48 jam ke Pahang. Qaeds tidur di Hotel Issoria, hotel rumah kedai yang selesa. Rate nya pun ok, bermula RM88 untuk katil  Queen. Kalau nak bilik yang ada channel TV best, harga kira lain. Tapi Qaeds ok je ambil yang channel biasa. Ada juga HBO dan dapat layan Hellboy II: Golden Army. Tutup lampu, turn up volume kuat-kuat dan makan ayam goreng gunting.

Overall, hotel nya kemas dan bersih. Walaupun kecil, hanya dalam rumah kedai dua tingkat, tapi rasa secure. Besar-besar sangat hotel, seram juga. Untuk short trip, setakat nak tidur selesa dan mandi, lebih dari cukup. Kalau nak check availability, boleh check  di Agoda.com.

Issoria Hotel Bandar Pusat Jengka
Bilik Queen RM88 semalam. Kalau nak book, boleh terus klik gambar dan book di Agoda.

Lepas mandi, Qaeds pusing-pusing jalan kaki di sekitar bandar. Dah banyak berubah, ada macam-macam kedai dan bank. 7 eleven pun dah ada. Dulu last Qaeds datang, malam memang mati bandar pusat ni. Sekarang happening gila. Sepanjang jalan ada jual makanan dan banyak kedai masih buka sampai malam.

Siapa yang homesick KL boleh la ubati kerinduan sebab ada Pizza Hut Delivery dan Marrybrown juga di sini.

Mula ingat nak makan pizza untuk dinner. Masa lalu nak ke Pizza Hut, terjumpa kedai The Country Western. Ambience restoran nampak sangat inviting dan selesa, Qaeds decide nak try cuba makanannya, boleh tak saing kedai Western dekat Fawina Court, Taman Nirwana.

BACA  Balik kampung Awal Muharam 1438H
The Country Western
Ambience best dan deko kedai menarik

Sarapan pagi gerai nasi kerabu ayam bakar

Esok pagi nya, Qaeds jalan lagi cari sarapan. Jumpa gerai Citarasa Timur, sederet bank Islam dekat dengan stadium. Qaeds tengok dapur dah berasap dengan ayam bakar, dan menu yang ada nasi kerabu, nasi dagang dan kuih-kuih. Qaeds makan nasi kerabu ayam bakar RM5.50. Harga berpatutan dan memang sedap.

Citarasa Timur

Citarasa Timur
Nasi kerabu dan nasi dagang. Lauk usual suspects semua ada

Tak puas lepak di bandar pusat ni. Hanya 12 jam saja sebab nak ke Jerantut pula. Di Jerantut pun ada restoran best, Matahari Cafe, dengan hidangan lauk negeri Pahang. Lain kali nak kena datang lagi, sebab tak sempat nak singgah ke Kota Gelanggi.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *