Jual gambar buat duit dengan microstock

Jual gambar microstock buat duit

Sejak dari mula minat dengan fotografi, teringin nak jual gambar-gambar yang diambil. Biarlah gambar kucing ke, rumah kampung ke atau gambar pokok kelapa. Nak merasa macam mana caranya nak menjual gambar. Tapi ada ke orang nak beli? Dan kalau ada orang nak beli, macamana nak jual?

Print, promote dan jual gambar sendiri

Setahu Qaeds, cara paling direct nak jual gambar, ialah print sendiri artwork, promote dan jual sendiri. Tapi Qaeds pun tak pasti mana nak jumpa market yang nak beli gambar nak dijual. Dan nak setup tempat jualan pun ada kos juga. Nak cari potential client pun tak tahu macamana.

Pernah juga nampak di sebuah galeri seni di Sunway Putra Mall, photographer nya letak banyak-banyak frame bermacam subjek gambar berlatarbelakangkan Malaysia. Sangat cantik hasil kerjanya tapi Qaeds tak ingat pula nama dia.

Tapi tak terjangkau lah nak memujuk pemilik galeri dan lagipun portfolio pun sangat kecil, mungkin tak dapat nak puaskan hati pemilik galeri dengan pilihan gambar yang sikit. Tak masuk lagi kos nak print dan frame yang boleh cecah ratus-ratus RM.

Tinjau-tinjau di Internet dan forum-forum, ramai mencadangkan untuk jual di stock photo agencies. Gambar-gambar yang memenuhi kriteria stock, boleh di upload ke pelbagai stock agencies yang ada dan biar mereka yang uruskan transaksi dengan pelanggan. Dari saranan pengguna forum juga, mereka galakkan untuk cuba dengan jual gambar micro stock, sebelum advance ke macro stock.

Jual gambar Microstock

Micro stock ni, dari pembacaan Qaeds, adalah cabang dari stock photography. Asalnya, (macro) stock photo ni jenis gambar yang eksklusif hak jualan, maksudnya, sekali orang dah beli, jadi hak milik si pembeli, dan orang lain tak boleh beli/ambil/curi tanpa risiko melanggar hak cipta, yang kini jadi milik pembeli baru. Micro stock pula beza nya, gambar boleh dijual beli berulang kali dan penggunaannya terhad kepada tempoh masa penggunaan, mengikut jenis lesen yang dibeli atau pun saiz gambar.

BACA  Wedding portraits 3

Bagi perniagaan kedai nasi lemak anak dara mungkin cuma perlu gambar stock nasi lemak saiz maksimum 1000 pixel dan kos untuk gambar yang resolution lebih rendah tidak lah semahal yang resolution tinggi. Jadi setakat nak buat gambar hiasan dalam menu dan mungkin di papan harga di kedai makan, tak perlu la bayar mahal-mahal hak eksklusif gambar sebungkus nasi lemak. Dan si anak dara akan dapat hasil gambar kreatif pada kualiti stock yang boleh digunakan untuk melariskan jualan nya.

Dengan microstock, dua-dua pihak dapat faedah. Entiti perniagaan boleh cari gambar berkuality yang diperlukan tanpa perlu bayar kos yang terlalu tinggi dan photographer baru macam Qaeds ada ruang untuk mencuba pasaran menjual hasil kerja sendiri.

Contoh macam gambar wallpaper Windows XP ni. Ingat lagi pemandangan padang menghijau dan langit biru berawan berkepul-kepul setiap kali on desktop Intel Celeron dan OS Windows XP dolu-dolu? Gambar ni asalnya diambil oleh seorang bekas photographer National Geographic, Charles O’Rear di Sonoma County, California. O’Rear kena sign non-disclosure agreement berkenaan harga yang dibayar tapi khabarnya Microsoft beli hak eksklusif gambar ni dengan bayaran 6-angka. Sekadar nak buat wallpaper desktop kita je, boleh tahan juga harga Microsoft nak membayar.

Bliss digunakan sebagai wallpaper Windows XP
Bliss digunakan sebagai wallpaper Windows XP. Tenang je mata tengok lepas tunggu boot time yang slow…

Wikipedia, Fair use, Link

Pilihan Stock Agency

Menurut Microstock Insider, untuk permulaan, banyak agency yang boleh kita submit untuk mula jual gambar microstock ni. Antara yang top mengikut ranking Alexa dan trafficnya ialah:

  1. Shutterstock.com
  2. Canstockphoto.com
  3. iStockphoto
  4. Fotolia
  5. Dreamstime

Ini senarai ikut dia, ikut pasaran dan permintaan di US. Ikut Qaeds, Qaeds cuba nasib jual gambar di dua agensi saja dulu, Shutterstock dan Dreamstime. Dua site ni antara yang ada gambar-gambar dalam konteks Malaysia, maknanya ada demand di sini untuk gambar-gambar tempatan. Jadi Qaeds cuba dulu mohon dan buat masa ni, permohonan Shutterstock sedang direview sebelum boleh upload gambar. Di Dreamstime, permohonannya mudah dan proses review pun singkat. Akaun Qaeds dah pun aktif dan dah boleh mula upload dan jual gambar.

BACA  Wedding Zila + Syidan
Kriteria submission

Khususnya, gambar microstock akan digunakan untuk tujuan spesifik oleh sesebuah entiti. Mungkin untuk tujuan pengiklanan dan pemasaran. Jadi umumnya, kriteria utama gambar stock ialah ia mesti tidak mengandungi elemen-elemen hak cipta intelektual seperti jenama dan logo. Contoh, nak ambil gambar air minuman berkarbonat dituang dalam gelas, jangan guna botol kaca Coca-cola yang dah didaftarkan hak ciptanya dan tak tutup pula logo Ikea pada gelas. Boleh kena saman dengan Coca-cola dan jangan harap la Pepsi nak beli gambar tu kalau pun boleh lepas submission.

Selain tu, gambar stock yang memamparkan individu yang boleh dikenal dan dicam, mestilah disertakan dengan borang model release, yang memberikan kebenaran kepada anda untuk mengambil gambar atas tujuan stock. Ini untuk mengelakkan kesulitan di masa depan bagi pembeli. Dan biasanya, agensi tak akan luluskan submission gambar seperti ini jika tiada model release. Tapi kalau nak jual juga, kalau ada unsur berita/news value, ia masih boleh dijual sebagai gambar editorial. Biasa nya agensi akhbar atau majalah yang akan mencari gambar-gambar editorial seperti perayaan atau pesta sambutan tradisional. Ini lah antara sebab masa sambutan Thaipusam penuh photographer di Batu Caves.

Macam gambar ni, untuk stock Zapin Johor, disebabkan tiada model release, hanya boleh digunakan sebagai editorial. Kalau tak, boleh jual pada Tourism Johor untuk promotion material atau website.

Kesimpulan

Jadi sekarang ni, apa subjek nak ambil untuk jual gambar sebagai microstock? Qaeds ikut saranan Microstock Insider dan bermula dengan kawasan tempat tinggal dan persekitarannya. Katanya, kerap kali gambar micro stock ni sebenarnya ada berhampiran dengan tempat kita tinggal, cuma perlu perhati betul-betul. Tak semestinya nak ambil gambar stock kena pegi melancong ke Melaka atau Pulau Pinang. Kerana aplikasi gambar microstock ni pelbagai dan salah satu yang utama ialah untuk kegunaan perniagaan.

BACA  Shawl photography Nusra Asia

Biasanya kalau sesuatu tempat tu ada aktiviti ekonomi, pasti akan ada gambar microstock. Nak ambil gambar stock industri perikanan, kita pergi Kuala Selangor, ambil gambar jeti, bot berlabuh, orang repair jaring. Sambil tengok tempat orang, ambil gambar stock cantik-cantik untuk bawa pulang.

Dengan akaun Dreamstime yang dah ada ni, Qaeds harap ada lah rezeki lebih kalau dapat jual gambar. Kalau tak, kena kerja keras dan penuhi permintaan market untuk imej stock yang unik dan memenuhi kriteria.

Anda ada cara lain untuk jual gambar ataupun ada tips untuk gambar micro stock? Kongsilah dengan Qaeds dan pembaca lain di ruangan komen ye.

Keep on shooting!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *