Balik kampung Awal Muharam 1438H

shades of qaeds kuala lipis pahang

Cuti panjang hujung minggu lepas, Qaeds manfaatkan dengan trip balik kampung Kuala Telang dengan mak. Dah balik raya haji hari tu tapi tak puas jadi kami repeat sekali lagi. Agenda kaum kerabat kami ni, seperti keluarga normal yang lain sudah mestinya nak makan-makan. Ada yang berjanji kami akan dapat nasi kerabu kali ni dengan solok lada maka tidak lah kami lepaskan peluang keemasan ni.

Pekan Sari (Sehari) Padang Tengku
Pekan Sehari Padang Tengku
“Maka turunlah sekian rakyat ramai sahaya membawa wang hasil pekerjaan mereka selama satu minggu untuk dibelanjai makanan yang sedap serta pakaian cantik indah serta barang bekalan untuk hidup satu minggu” Eh, jadi ke nak buat stail bahasa lama?

Di Padang Tengku ni, pekan sari nya setiap Ahad pagi. Dulu-dulu sebelum banyak renovation pada bangunan kedai dan juga perubahan pada jadual perjalanan keretapi KTM, feel nya lebih old school. Sekarang ini, rasa macam pasar biasa, tapi masih ramai juga makcik-makcik peniaga dari Kelantan yang gigih datang berniaga sampai ke mari. Sekarang taktau lah naik apa dia orang ni, dulu Qaeds ingat lagi seawal jam 6.30-7.00 pagi macam tu, keretapi pagi tiba dari arah Tumpat dan turun lah makcik-makcik trooper dengan guni berisi barang jualan. Guni dijunjung atas kepala dan berjalan lah mereka ke arah tapak niaga Majlis Daerah Lipis. Struktur tapak niaga ni dulu kalau boleh dibayangkan, hanya meja simen panjang dengan bangku simen juga. Makcik-makcik ni akan bentang alas guni dan susun barang jualan dan mereka pun sekali bersila duduk di atas meja mengadap barang jualan dan pelanggan. Kegemaran Qaeds masa kecil di sini, beli rojak mee sebungkus 50 sen dan sate secucuk 10 sen. RM1 kenyang makan, beli air bungkus 20 sen. Sekarang pegi tengok Rm5 pun cukup-cukup je dapat makanan, air yilek.

BACA  Fotografi Jalanan Malaysia outing Merdeka 59
Pekan Sehari Padang Tengku
Apalah agaknya yang dimenungkan tu

Railroad crossing
Bagi yang datang dari arah Kampung Gua, memang kena melintas jalan keretapi di stesen Padang Tengku. Just like other train station town lain, semua dah biasa dah macam ni.

Nasi Kerabu dan Solok Lada
Finished product Nasi Kerabu
Buffet nasi kerabu. First time plating nasi kerabu sendiri sungguh syiok! Feeling meniaga pasar malam pula hehehe

Balik masa raya haji hari tu, kami dapat makan steambot. Kali ni, ada emak saudara yang nak menuntut ilmu nasi kerabu dengan guru dari Besut, maka dapat lah kami makan hasilnya. Ini first time Qaeds dapat tengok proses masak nasi bunga warna biru ni dengan lauk penemannya Solok Lada. Memang renyah kerja nasi kerabu ni. Bunga Telang (terima kasih makcu bagitau nama bunga ni) ni yang buat warna nasi biru dan memberi rasa yang distinct. Kalau pakai pewarna, tak syiok la kan.

Untuk Solok Lada pula, bahan asas nya ikan rebus yang dibuang tulang kemudian ditumbuk (macam nak buat fishball) sampailah dia jadi kenyal-kenyal gitu dan kelapa parut. Paling suka tengok time sumbat inti solok ni. Puas, adik Ilah sumbat penuh-penuh dalam Lada Siam yang besar gemuk (beli di Pekan Sari). Kalau pergi pasar malam Melawati, kontot je soloknya (tapi masih sedap rasa).

Solok lada in the making
Tedious prosesnya. Nak makan sekejap je habis hihihi

Solok lada in the making
Kukus dengan santan cetek dasar periuk. Baru tau lemak rasa solok ni sebab dikukus dengan santan macam ni.

Itu baru solok lada, tak masuk lagi nak buat sambal ikan, kuah santan, air lada dan budu lagi. Team kitchen untuk menu ni je 6 orang. Qaeds duduk sideline je merekod kan proses heheheh.

Finished product Nasi Kerabu
Final product. Maaf lah ye plating bersepah sikit sebab dah lapar. Lagi dua side dish ayam bakar dan ikan goreng tepung. Nangis woo…

Rumah Haji Abdul Majid bin Yaakob

Balik kali ni, dapat pleasant surprise untuk ditambah dalam itinerary. Hajat nak photograph bandar Lipis dilupakan dulu, untuk beri ruang kepada rumah bersejarah ni. Pakcik dua orang ajak pergi tengok rumah lama keluarga kami di hilir kampung. Sekarang ni dah dilitupi flora-flora dan tak tahu lah apa fauna yang ada. Dibina oleh Aki Qaeds, ni salah satu tempat Qaeds membesar dan bersekolah hampir dua tahun. Selain dari tu, balik raya gitu-gitu je lah. Sepengetahuan Qaeds, rumah ni survive banjir besar dah 4-5 kali dalam tempoh 60 tahun lepas. Dari gambar yang ada dalam simpanan keluarga, tenggelam sampai ke bumbung. Sebabkan lokasinya tak sampai 100 meter dari tebing Sungai Jelai (terpanjang di Pahang), maka memang terdedah risiko banjir tiap tahun. Kali terakhir, 2 tahun lepas, memang habis tenggelam sampai bumbung.

BACA  KLPF 2016: Ronda fotografi di StarXpo Centre KWC

Rumah Haji Abdul Majid Yaakob
Rasa macam Hansel & Gretel pula jumpa rumah dalam hutan…InsyaAllah ada rezeki akan meriah kembali rumah ni.

Pulau Berala Campsite Sungai Jelai

Item terakhir dalam itinerary kali ni, akhirnya dapat juga pergi tengok Pulau Berala Campsite di tepi Sungai Jelai. Sejak dikerjakan oleh belia-belia kampung, tak pernah lagi jejak kaki untuk tengok sendiri infra yang mereka buat untuk kegunaan pengunjung yang nak ber-adventure di sini. Check out FB mereka, untuk tengok update aktiviti berkhemah dan berakit yang kerap diadakan. Kalau nak datang buat event adventure, amat dialu-alukan! Contact je admin FB page campsite dan anda akan dihubungi segera untuk arrangement.

Untuk kali ni, kami hanya mandi tepi-tepi je dan sesi berfotografi dengan model free adik dua pupu. Next time nak pow pakcik bawak naik bot naik ke hulu sungai lagi. Yang ni perlu undian veto berjemaah baru boleh approved permohonan.

Campsite Pulau Berala, Sungai Jelai

River travellers
Tak tahu lah kemana tujunya dua bersahabat ni. Mencari ikan kut.

Trip balik kali ni memang banyak berhasil. Dapat ambil banyak portret keluarga untuk tujuan simpanan dan nak attach dengan susur galur yang tengah Qaeds dan makcu kerjakan. Di samping tu, dapat juga ambil portret nenek saudara Jiah binti Alias (adik pada nenek Qaeds belah abah), orang paling tua dalam keluarga kami sekarang ni. Keluarga Qaeds belah abah ni, jangankan dua pupu, tiga pupu pun masih kenal. Anak Qaeds nanti akan dapat kenal empat pupu dia orang.

Semoga nenek Wan Teh Pioh panjang umur dan dikurniakan Allah kesihatan selalu.

Nenek
Masih dapat lagi cucu makan air tangan nenek…

Until next trip, you are reading ShadesofQaeds.com, I am Qaeds signing off for lunch. Lapar…