Jom lawat Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

masjid wilayah shadesofqaeds

Minggu lalu, saya dan teman singgah melawat ke Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MWPKL) atau lebih mesra dengan panggilan Masjid Wilayah. Sejak pertama kali berkunjung kemari hampir 8 tahun lalu untuk majlis akad nikah seorang teman, memang saya jatuh cinta dengan kecantikan masjid ini. Niat untuk mengambil gambar, memang ada, tapi biasalah tidak pernah dapat dikerjakan hinggalah kami memutuskan untuk singgah rehat di Jalan Duta.

Walaupun kurang mahir dengan architecture photography atau landscape photography, saya teringin juga mengolah sedikit gambar masjid cantik ini. Carian di Google “Masjid Wilayah Kuala Lumpur” banyak memaparkan hasil kerja ramai photographer terdahulu yang membuktikan keindahan senibina keseluruhan masjid yang juga berstatus masjid negeri.


masjid_wilayah_shadesofqaeds

Hasil karya saudara Ariff Tajuddin di Instagram. Memang nampak kemegahan senibina masjid wilayah dalam gambar ni.

Sejak pertama kali menjejakkan kaki sekitar 2008, memang dah jatuh hati. Ada sesuatu tentang rupa paras dan feel masjid ni yang sedikit berbeza dirasakan. Bila diamati betul-betul, masjid ini mirip macam masjid di Turki yang pernah dilihat dalam dokumentari travel di TV. Khususnya rekaan bentuk kubah yang bertingkat. Mirip Masjid Biru ini di Istanbul.

A photo posted by Wilken (@kennibal) on

Blue Mosque – @kennibal. Instagram.

Masjid moden ini diilhamkan pembinaannya oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed dan dirasmikan Seri Paduka Baginda  Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulail. Kerja pembinaan dimulakan sekitar tahun 1996 dan siap pada Ogos 2000. Menurut laman web MWPKL, senibinanya memang dipengaruhi rekaan Masjid Biru atau Masjid Sultan Ahmed di Istanbul, Turki. Di Instagram, saya selusuri hashtag #sultanahmetcamii  dan #bluemosqueistanbul dan banyak gambar cantik Masjid Biru ini dirakamkan oleh penduduk tempatan dan pelancong.

BACA  KLPF 2016: Ronda fotografi di StarXpo Centre KWC

Antara ciri-ciri binaan masjid yang paling menarik perhatian saya ialah gerbang bentuk ladam ala Moor dan Moghul, mirip dengan Bangunan Sultan Abdul Samad di Jalan Raja. Tak tahu kenapa, memang dari dulu lagi memang saya sukakan rupa gerbang melengkung ni dan hanya banyak dapat dilihat di masjid-masjid lama seperti Masjid Jamek Kuala Lumpur. Untuk trip kali ni, saya ambil sedikit gambar-gambar gerbang di sekitar masjid. Maaflah kalau banyak gambar silhouette sebab cuaca mendung dan dah mula hujan semasa mula mengambil gambar.

Saya memang sangat sukakan masjid ini kerana keluasannya dan keselesaan yang dinikmati sepanjang berada di sini. Semua kemudahan berkeadaan baik dan umumnya persekitaran dijaga dengan bersih dan kemas. Mungkin kerana di sini ada pejabat pentadbiran khusus dengan pasukan kakitangan dedikasi yang bertanggungjawab menjaga rumah Allah ini untuk dinikmati semua.

“Cantik betul pattern marble ni” kata saudara pengunjung ni. Dan memang sungguh pun cantik.

2 jam di sini, masih banyak lagi yang belum sempat saya ambil gambar, terutama gabungan seni ukiran Melayu yang menghiasi bahagian dalam masjid. Next trip, akan saya tumpukan bahagian ini pula, Insya-Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *