Aidil Adha 1437H – Potret ibadah korban

Aidil Adha 2016 shadedsofqaeds

Setelah sekian lama tak pulang ke kampung, Qaeds dan mak putuskan untuk balik menyambut Aidil Adha tahun ni di Kampung Kuala Telang di Kuala Lipis, Pahang. Ini lah pertama kali kami balik sejak beberapa tahun kebelakangan dan sejak arwah abah pergi. Mak pun dah rindukan kampung dan semua saudara-mara. Dan rindu dengan rupa kampung, nak tengok lembu kerbau (walaupun di Klang dan Sentul ada banyak tapi tak sama) dan Sungai Jelai.

Pagi Aidil Adha tahun ni, sejuk dan berkabus, mungkin seperti biasa cuaca di kampung yang dah lama tak dirasai dan dilihat. Balik dari masjid, mulanya rasa hanya nak duduk di rumah dan rehat dengan adik-adik dua pupu tapi pakcik yang tugas dia untuk menjemput tiga haiwan korban dari hulu kampung guna lori miliknya, ajak untuk ikut sama. Rasa semacam pula (berdebar dan takut) sebab tak pernah tengok sendiri orang mengerjakan ibadah korban ni. Fikir-fikir 20 saat terus sambar beg kamera dan lompat naik lori, dengan rasa excited macam nak pergi funfair (80s and earlier kids will remember going to funfair).

Sampai di lokasi kerbau, pakcik dan rakan-rakannya memulakan tugas. Semua mengambil posisi masing-masing, memegang tali tambatan. Dah macam koboi dia orang ni, cuma beza pakai seluar trek, jersi bola dengan sandal. Pertama kali tengok, baru tahu berapa kuat tenaga kerbau yang melawan nak naik lori. Sebelum ni tengok macam jinak dan lemah-lembut si kerbau ni. Semacam dia orang tahu ini akan jadi perjalanan terakhir.

BACA  Shawl photography Nusra Asia

Di masjid, ramai dah menunggu untuk membantu mengerjakan ibadah korban. Rasa macam dalam dokumentari Discovery Channel pula tengok pakcik dan yang lain bermain tali-temali menambat dan beradu tenaga dengan kerbau yang gigih meronta hingga akhirnya dibaringkan. Qaeds duduk depan sekali, set lens wide angle ke 24mm dan shoot low, tapi kekalkan sedikit jarak, just in case kena lari menyelamatkan diri, macam gambar bawah ni.

Semua jemaah yang terlibat memang cekap, yang memegang tali tambat, tali tanduk dan juga tali ikat kaki. Dalam 15 minit siap sedia seekor haiwan korban dan tukang sembelih mendekat untuk langkah seterusnya. Gambar sembelihan, Qaeds simpan untuk kenangan sendiri sajalah. Bagi yang tak pernah melihat sendiri, seram sejuk tengok darah, pergi lah saksikan sendiri, antara ibadah yang sangat dituntut dalam agama. Qaeds tengok semua lima ekor disembelih, ganti tahun-tahun sebelum yang tak pernah tengok. Di Shah Alam seksyen 18, dikhabarkan oleh suami sepupu, 21 ekor ternakan untuk korban.

Masa matahari dah menanjak hari jam 11, badan dah mula rasa melengas. Yang terlibat kerja melapah, masih tekun meneruskan tugas dan berbahagi-bahagi daging untuk dihantar kepada yang berhak. Saya pun angkat kaki, dah tak tahan panas, balik rumah bersiap nak beraya ke Padang Tengku dan bandar Lipis.  Azam untuk Aidil Adha tahun depan, bawa parang sendiri untuk buat kerja korban. Tak kan asyik bawa kamera je kan, tak merasa la daging jawapnya.

BACA  Pantai Morib ending 2017

Next trip balik, nak shoot bandar Lipis pula. Bekas ibu negeri Pahang ni, ada seribu satu rahsia yang dah banyak dilupakan sebab sudah tidak lagi jadi laluan utama ke Kelantan (Gua Musang, Kuala Krai) sejak adanya LPT. Sambil mengubat rindu nak tengok old town ni, nak juga ambil gambar-gambarnya sebelum bandar ni hilang ditelan masa dan dilupakan oleh trafik orang Kelantan nak balik bercuti raya.